Pertemuan Dua Kuasa Besar Dunia, Apa Yang Berlaku?

728

Amerika Syarikat dan China memasuki perbincangan peringkat tertinggi pertama mereka minggu ini, dalam usaha untuk menstabilkan hubungan yang tegang antara dua ekonomi terbesar di dunia ini.

Wakil Setiausaha Negara AS, Wendy Sherman telah tiba di Tianjin pada hari Ahad untuk bertemu Wakil Menteri Luar Negeri China, Xie Feng pada hari ini.

Kunjungan itu menyusuli tindakan pentadbiran Presiden Joe Biden yang mencabar China, sehingga mendorong Beijing untuk memprotes dan mengumumkan sekatan baru terhadap Amerika termasuk ke atas bekas Setiausaha Perdagangan Wilbur Ross pada Jumaat lalu.

Tujuan pertemuan itu bukanlah rundingan, tetapi usaha untuk membuka saluran komunikasi peringkat tinggi, kata pegawai kanan Jabatan Negara dalam taklimat dengan wartawan pada hujung minggu.

Dalam pertemuan terbaru yang berlangsung hari ini, Xie Feng menyifatkan hubungan kedua-dua negara kini dalam keadaan buntu dan menghadapi kesulitan serius.

Beliau juga menuduh AS menjadikan Beijing sebagai ‘musuh khayalan’, selain turut menambah bahawa Amerika tidak layak untuk mengkritik negara itu dalam isu hak asasi manusia.

Bagaimanapun, susulan kenyataan itu, China masih mahu bekerjasama dengan AS, dengan syarat pemimpin negara itu ‘mengubah haluan’ dan mematuhi kepentingan China.

Pertemuan ini masih belum selesai, di mana Sherman dijangka akan bertemu dengan Menteri Luar China Wang Yi, selepas pertemuannya dengan Xie.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat