China Tiba-tiba Bagi ‘Greenlight’ Pada DiDi, Ada Apa-apa Ke?

268

Jika masih ingat, lebih setahun lalu aplikasi e-hailing DiDi Global berdepan sekatan kerajaan sehingga diarahkan untuk dibuang daripada gedung aplikasi China.

Namun, pada hari ini, ia kembali dibenarkan untuk menyambung semula pendaftaran pengguna baharu, dalam satu langkah yang memberi petanda bahawa China mungkin akan mengurangkan cengkamannya terhadap industri internet di negara itu.

Sebagai rekod, pengawal selia telah mengambil tindakan keras terhadap perniagaan DiDi pada 2021 ekoran pelanggaran serius terhadap keselamatan negara.

Dengan pelancaran semula aplikasi, ia akan membenarkan syarikat gergasi itu untuk meneruskan perniagaan seperti biasa dan berusaha menyenaraikan sahamnya di Hong Kong.

Kerajaan telah menunjukkan tanda-tanda pelonggaran pada sektor teknologi sejak ekonomi merosot, di mana terdahulu ia meluluskan beberapa permainan video untuk memasuki pasaran Beijing.

Didi Chuxing yang ditubuhkan pada 2012, merupakan sebuah platform seperti Uber dan Lyft, dan berjaya membuat penampilan pertamanya di New York Stock Exchange (NYSE).

Pun begitu, ekoran langkah sekatan yang dikenakan kerajaan, ia terpaksa dinyah senaraikan pada Jun 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat