China: Tindakan Amerika Mampu Mencetuskan Kesan-Domino Kejatuhan Ekonomi

895

China pada Khamis memberi amaran tentang kesan kepada ekonomi global jika Amerika Syarikat terus berdegil untuk mengenakan halangan perdagangan kepada dunia. Halangan perdagangan di sini bermaksud cukai yang dikenakan kepada barangan eksport ke Amerika.

Kementerian perdagangan China berkata pada hari Khamis bahawa pendekatan A.S. terhadap perdagangan boleh mencetuskan kesan domino kepada ekonomi global. Kesan domino (domino effect) dalam konteks ini bermaksud PROTECTIONISM (perlindungan) ekonomi oleh A.S. boleh menyebabkan kesan kelembapan ekonomi jika negara-negara lain juga bertindak balas terhadap HALANGAN PERDAGANGAN yang dimulakan oleh Trump.

Oleh itu, China menggesa Amerika Syarikat untuk menghentikan tindakan mereka dan menarik diri dari unsur-unsur yang dilihat berat sebelah.

Langkah perdagangan A.S. ke atas China adalah satu bentuk proteksionisme (perlindungan) perdagangan yang tipikal dan mencerminkan sikap Perang Dingin, kata jurucakap kementerian perdagangan, Gao Feng. Siasatan 301 A.S. ke atas China adalah satu pelanggaran yang jelas terhadap peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) kata Gao.

China berharap Amerika Syarikat boleh mengambil langkah-langkah dan menyelesaikan konflik melalui dialog dan berharap hubungan perdagangan antara kedua-dua negara dapat kembali normal.

Beliau berkata China akan mengambil semua langkah yang mungkin untuk melindungi kepentingannya dan yakin dengan keupayaannya untuk menentang sebarang perlindungan perdagangan atau pelaburan.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat