China Umum Paten Vaksin COVID-19 Pertama

1,018

Gelanggang penciptaan vaksin COVID-19 kini berada di kemuncaknya apabila China akhirnya mengumumkan kelulusan vaksin pertama dari negara itu, hasil usahasama Chen Wei of Academy of Military Medical Sciences bersama firma bioteknologi, CanSino Biologics.

Permohonan bagi vaksin yang dikenali sebagai ‘Ad5-nCoV’ itu mula diserahkan pada 18 Mac dan diluluskan pada 11 Ogos.

Vaksin itu mempunyai virus selesema yang lemah, bertujuan untuk memperkenalkan ciri genetik koronavirus di dalam tubuh manusia, menggunakan adenovirus sebagai vektor untuk membawa genetik dari COVID-19 ke dalam sel manusia.

Melalui teknik tersebut, vaksin yang diwujudkan akan melatih tubuh untuk menghasilkan antibodi, melawan virus koronavirus. Teknik yang sama juga telah diaplikasikan di United Kingdom (UK) dan Rusia.

Dilaporkan ujian klinikal fasa 1 dan fasa 2 yang membawa jumlah peserta seramai 320 orang menunjukkan hasil yang positif. Manakala bagi fasa 3, yang mana melibatkan lebih ramai peserta masih dalam proses.

Untuk pengetahuan, fasa 3 juga akan menjawab segala persoalan yang melibatkan jangkamasa calon vaksin dan dos yang bersesuai untuk mencetuskan tindak balas imun yang kuat.

Sehingga kini World Health Organization (WHO) mencatatkan sebanyak 131 sampel vaksin yang masih berada dalam fasa pra-klinikal dan masih belum ada yang diluluskan bagi penggunaan komersil bagi rawatan koronavirus.

Sebelum ini Rusia telah mengumumkan vaksin pertama dunia, Sputnik V dan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pembelian lagi 100 juta dos vaksin berikutan kebimbangan pentadbiran Trump terhadap Rusia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat