Cipta Sejarah! Beli Pemain Bola Sepak Pakai Bitcoin

645

Bekas pemain Real Madrid, David Barral mencipta sejarah bola sepak apabila menjadi pemain pertama yang dibiayai perpindahannya ke kelab baharu dengan menggunakan Bitcoin.

Penyerang berusia 37 tahun itu menyertai kelab DUX Internacional de Madrid yang beraksi dalam Liga Segunda B Sepanyol.

Perjanjian untuk membawanya ke pasukan yang turut dikenali sebagai Inter Madrid itu, dibiayai sepenuhnya menggunakan mata wang kripto tersebut.

“Beliau menjadi pemain pertama dalam sejarah yang dibeli dengan mata wang kripto. Terima kasih kepada penaja baharu kami, Criptan kerana menjadikan perkara itu sesuatu yang tidak mustahil,” kata kenyataan kelab berkenaan menerusi Twitter.

Nilai perpindahan yang dibayar oleh kelab yang turut dimiliki oleh penjaga gol Real Madrid, Thibault Courtois itu tidak dinyatakan.

Ketika bersama Real Madrid, Barral gagal menempatkan dirinya bersama skuad senior  dan hanya beraksi sebanyak 50 kali untuk pasukan B Real Madrid.

Beliau kemudiannya beraksi untuk Sporting Gijon, Levante dan Racing Santander sebelum memuktamadkan perpindahan yang penuh bersejarah itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat