CME Pecah Rekod Sebagai Pasaran Niaga Hadapan Bitcoin Terbesar Dunia!

247

Firma analisis dan kajian kripto, Arcane Research mendedahkan Chicago Mercantile Exchange (CME) telah mengambil alih posisi OKEx sebagai pasaran niaga hadapan terbesar Bitcoin di dunia.

Pengumuman tersebut dimuatnaik pada Jumaat lalu menerusi kicauan di laman sosial media, Twitter.

Berdasarkan laporan oleh BeInCrypto, buat kali pertama minat terbuka CME terhadap niaga hadapan Bitcoin membawa jumlah $1.16 bilion melepasi nilai keseluruhan OKEx yang cuma $1.07 bilion.

Ini membuktikan potensi tinggi kemasukan pelaburan Bitcoin dari pelabur institusi yang dinanti-nantikan.

Dagangan niaga hadapan juga mampu memain peranan dalam turun naik besar aset, terutama ketika tamat tempoh.

Kontrak niaga hadapan CME bagi November 2020, BTCX20 tamat pada Jumaat lalu dengan penyelesaian bertarikh hari ini.

Ekoran daripada itu, penyusutan BTC hingga $16,000 kembali pulih dengan nilainya melepasi paras $18,000 semalam.

Ketika ini Bitcoin didagangkan pada harga $18,492, melonjak 1.4% dari paras terendah dalam 24 jam, $18,069.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat