COVID-19: CEO Alibaba Derma 2.6 Juta Topeng Muka Ke New York

680

Dalam kesulitan yang melanda dunia akibat penularan virus pembunuh, semakin ramai jutawan dunia yang terpanggil untuk tampil menyalurkan sumbangan Covid-19 bagi meringankan beban mereka yang terkesan.

Kali ini Joe Tsai, CEO Alibaba Group dan pasangannya, Clara Wu Tsai telah mendermakan sebanyak 2.6 juta topeng muka, 170,000 gogal dan 2000 ventilator kepada New York bagi membantu rawatan coronavirus.

Dikatakan sumbangan itu dihantar dalam dua sesi penghantaran. Penghantaran pertama tiba pada Khamis lalu di Lapangan Terbang Newark Liberty manakala penghantaran kedua pada Sabtu di Lapangan Terbang John F. Kennedy.

Tindakan itu diambil setelah pasangan tersebut melihat kegawatan yang dialami oleh pihak Pusat Rawatan Jacobi dan Pusat Rawatan Lincoln di Bronx dan Hospital Elmhurst di Queen dalam mencari kelengkapan lengkap demi rawatan Covid-19.

Pasangan tersebut mempunyai hubungan rapat dengan komuniti New York maka tidak hairan mengapa mereka prihatin dengan keadaan di sana selain daripada faktor jangkitan yang tinggi.

Sebelum ini Jack Ma, pengasas Alibaba Group turut membuat sumbangan topeng dan kit ujian pada Mac manakala beberapa hari lalu Jeff Bezos menyumbang $100 juta dolar kepada Bank Makanan Amerika.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat