• Latest
  • Trending
  • All
  • Tips Matawang
  • Isu Semasa
  • Artikel Umum
  • Kripto
  • Analisa Tajaan
  • Saham
“Kaki Depo”: Kenapa Ada Trader Selalu Ulang Perangai Sama?

“Kaki Depo”: Kenapa Ada Trader Selalu Ulang Perangai Sama?

27 August 2026
“Cyber Attack” Kapal Tanker, Iran Disiasat!

“Cyber Attack” Kapal Tanker, Iran Disiasat!

24 November 2026
KLCI Tambah 20 Kaunter, Saham Teknologi Jadi Tumpuan

KLCI Tambah 20 Kaunter, Saham Teknologi Jadi Tumpuan

24 November 2026
Tanker “Hantu” Cetus Persoalan Baharu Di Hormuz

Tanker “Hantu” Cetus Persoalan Baharu Di Hormuz

24 November 2026
Trump Ugut Serang Iran Lagi Jika Rundingan Gagal

Trump Ugut Serang Iran Lagi Jika Rundingan Gagal

24 November 2026
Saham Nvidia Pacu Lonjakan Wall Street

Nvidia Melonjak 30%, Bitcoin Gagal Kekalkan Kenaikan

24 November 2026
Huang Kembali, Emas Pacak Sehingga 4.3%!

Huang Kembali, Emas Pacak Sehingga 4.3%!

24 November 2026
Ringkasan Pagi: Dolar Menguat, Isu Bowman Gegarkan Fed

Ringkasan Pagi: Dolar Menguat, Isu Bowman Gegarkan Fed

24 November 2026
Dah Sedap Semalam Hari Ini Merana, Bursa Kecundang Di Hujung Minggu

Untung Bersih KPJ Naik, Dividen 1.20 Sen Diumumkan

24 November 2026
Emas Cuba Bangkit, PCE Jadi Ujian Seterusnya

Emas Cuba Bangkit, PCE Jadi Ujian Seterusnya

23 November 2026
Bitcoin ETF Exodus: Sokongan Lesap, Harga Terancam

Bitcoin ETF Exodus: Sokongan Lesap, Harga Terancam

23 November 2026
Dolar Akan Cecah 160? Bersedia Sekarang!

Dolar Akan Cecah 160? Bersedia Sekarang!

23 November 2026
Inflasi dan PMI Jadi Tumpuan Pasaran Mata Wang Minggu Ini

Inflasi dan PMI Jadi Tumpuan Pasaran Mata Wang Minggu Ini

23 November 2026
  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us
Tuesday, 24 November 2026
INTRADAY.my
  • Pasaran
    • All
    • Analisa Tajaan
    • Berita Ekonomi
    • Harga Emas
    Huang Kembali, Emas Pacak Sehingga 4.3%!

    Huang Kembali, Emas Pacak Sehingga 4.3%!

    Ringkasan Pagi: Dolar Menguat, Isu Bowman Gegarkan Fed

    Ringkasan Pagi: Dolar Menguat, Isu Bowman Gegarkan Fed

    Emas Cuba Bangkit, PCE Jadi Ujian Seterusnya

    Emas Cuba Bangkit, PCE Jadi Ujian Seterusnya

    Emas Bangkit, Jangkaan Kenaikan Kadar Fed Mula Pudar

    Emas Bangkit, Jangkaan Kenaikan Kadar Fed Mula Pudar

    Import Emas China Cecah AS$209 Bilion, Apa Maksudnya?

    Import Emas China Cecah AS$209 Bilion, Apa Maksudnya?

    Ringkasan Pagi: Pasaran Gementar Lagi

    Ringkasan Pagi: Pasaran Gementar Lagi

    Putin Kembali ke Pentas Dunia: Kemenangan Simbolik atau Tamparan Buat Barat?

    Putin Kembali ke Pentas Dunia: Kemenangan Simbolik atau Tamparan Buat Barat?

    Kevin Warsh Teliti 3 Risiko AI terhadap Ekonomi

    Ringkasan Pagi: Fed Beri Isyarat Kenaikan Kadar Lagi!

    Harga Minyak Jatuh, Pasaran Nantikan Damai AS-Iran

    Minyak Tertekan Oleh Lebihan Bekalan, Ancaman Serangan Iran Lonjak 0.8%

    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • All
    • Analisis Matawang
    • Berita Kalendar Ekonomi
    • Tips Matawang
    Ringkasan Pagi: Dolar Menguat, Isu Bowman Gegarkan Fed

    Ringkasan Pagi: Dolar Menguat, Isu Bowman Gegarkan Fed

    Dolar Akan Cecah 160? Bersedia Sekarang!

    Dolar Akan Cecah 160? Bersedia Sekarang!

    Inflasi dan PMI Jadi Tumpuan Pasaran Mata Wang Minggu Ini

    Inflasi dan PMI Jadi Tumpuan Pasaran Mata Wang Minggu Ini

    Nasdaq 100 Hampir Jatuh 20%, Pelabur Masih Takut Beli Saham?

    Nasdaq 100 Hampir Jatuh 20%, Pelabur Masih Takut Beli Saham?

    Amaran Keras “Bessent” Kepada Fed!

    Amaran Keras “Bessent” Kepada Fed!

    Ringkasan Pagi: Pasaran Gementar Lagi

    Ringkasan Pagi: Pasaran Gementar Lagi

    Aussie Tertekan, Paras 0.6600 Dalam Bahaya?

    Aussie Tertekan, Paras 0.6600 Dalam Bahaya?

    Kevin Warsh Teliti 3 Risiko AI terhadap Ekonomi

    Ringkasan Pagi: Fed Beri Isyarat Kenaikan Kadar Lagi!

    Tuntutan Pengangguran A.S. Naik Tipis, Namun Satu Petunjuk Ini Lebih Membimbangkan!

    Tuntutan Pengangguran A.S. Naik Tipis, Namun Satu Petunjuk Ini Lebih Membimbangkan!

    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • All
    • Analisis Teknikal Kripto
    • Asas Kripto
    • NFT
    Saham Nvidia Pacu Lonjakan Wall Street

    Nvidia Melonjak 30%, Bitcoin Gagal Kekalkan Kenaikan

    Bitcoin ETF Exodus: Sokongan Lesap, Harga Terancam

    Bitcoin ETF Exodus: Sokongan Lesap, Harga Terancam

    Bitcoin Bangkit, XRP Masih Terkulai Bawah AS$1

    Bitcoin Bangkit, XRP Masih Terkulai Bawah AS$1

    Baru Nak Pulih, Bitcoin Ditekan Lagi! Apa Yang Merisaukan Pasaran?

    Bitcoin Merosot Lagi: Apa yang Sedang Menggoncang Pasaran Kripto?

    Pasaran Kripto Kembali Berdarah ‘Parah’! Pasaran Harapkan Fed Segera Ambil Tindakan

    Pelabur Alih Dana ke IPO AI, Adakah Bitcoin Bakal Ulang Corak Lama?

    Bitcoin Sukar Bangkit, XRP Pula Dihimpit Pengeluaran Whales

    Bitcoin Sukar Bangkit, XRP Pula Dihimpit Pengeluaran Whales

    Ramalan Bitcoin & XRP: Paras Ini Jadi Perhatian

    BTC & XRP Terus Merosot, Sejauh Mana Kejatuhan Bakal Berlanjutan?

    Paras $80K Jadi Penentu: Mampukah Bitcoin Bertahan Atas Paras $74K?

    Bitcoin Hampir Paras Terendah Tiga Bulan, Pasaran Kripto Masih Belum Selamat?

    BTC Cecah Paras Terendah Sejak Ogos, XRP Susut Ke $0.89!

    BTC Cecah Paras Terendah Sejak Ogos, XRP Susut Ke $0.89!

    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • All
    • Saham Global
    • Saham Lokal
    KLCI Tambah 20 Kaunter, Saham Teknologi Jadi Tumpuan

    KLCI Tambah 20 Kaunter, Saham Teknologi Jadi Tumpuan

    Dah Sedap Semalam Hari Ini Merana, Bursa Kecundang Di Hujung Minggu

    Untung Bersih KPJ Naik, Dividen 1.20 Sen Diumumkan

    Inflasi Jerman Melonjak Lagi! Bakal Beri Tekanan Pada ECB?

    Mogok Industri Jerman Merebak: IG Metall Panggil 23,000 Pekerja Berhenti Kerja

    Nasdaq Sahkan Boleh Trade 23 Jam Sehari Bermula Disember!

    Penjualan Saham AI Seret Nasdaq, Nvidia Runtuh 14%

    Jensen Huang Berundur Dari Nvidia Susulan Kontroversi, Masa Depan Nvidia Jadi Tanda Tanya!

    Trump Mahu Huang Kembali, Lembaga Nvidia Tetap Menolak

    Saham AI Jatuh Selepas Debut Anthropic: Petanda Bahaya atau Gegaran Sementara?

    Saham AI Jatuh Selepas Debut Anthropic: Petanda Bahaya atau Gegaran Sementara?

    IPO Anthropic Meletup, Wall Street Tetap Merudum!

    IPO Anthropic Meletup, Wall Street Tetap Merudum!

    Bursa Malaysia ‘Rebound’ Tipis, KLCI Naik 0.04 Mata

    Sunway Healthcare, Petronas Gas dan CelcomDigi Catat Untung Lebih Tinggi

    Ini 8 Perniagaan Yang Membina Kekayaan Elon Musk

    India Rancang Rangkaian 1,600 Satelit Untuk Saingi Starlink

    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR
No Result
View All Result
INTRADAY.my
No Result
View All Result
Home Dunia Trader

“Kaki Depo”: Kenapa Ada Trader Selalu Ulang Perangai Sama?

Team INTRADAY by Team INTRADAY
27 August 2026
in Dunia Trader
0
“Kaki Depo”: Kenapa Ada Trader Selalu Ulang Perangai Sama?
530
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare to Whatsapp

“Kali ini aku akan trade betul-betul.”

Itulah janji yang dibuat ketika memasukkan deposit baharu. Kali ini lot akan dijaga, stop loss akan dipatuhi dan setiap entry hanya akan dibuat apabila setup benar-benar muncul.

Beberapa trade pertama menghasilkan profit. Keyakinan mula meningkat dan jumlah lot perlahan-lahan dibesarkan. Kemudian, datang satu kerugian yang tidak dijangka.

Sepatutnya berhenti, tetapi tangan kembali menekan butang buy atau sell kerana mahu mendapatkan semula duit yang hilang. Trade kedua juga rugi, emosi mula mengambil alih dan posisi seterusnya dibuka tanpa rancangan yang jelas.

Beberapa jam kemudian, sebahagian besar akaun sudah hilang.

Malam itu kita berjanji mahu berehat daripada trading. Namun, beberapa hari kemudian deposit baharu dimasukkan dan kitaran yang sama bermula sekali lagi.

Siapakah “Kaki Depo”?

“Kaki depo” ialah istilah yang biasa digunakan dalam komuniti trading bagi menggambarkan trader yang berulang kali memasukkan modal baharu selepas mengalami kerugian.

Deposit, trade, profit sekejap, rugi, burn dan kemudian deposit semula.

Masalahnya bukan pada tindakan memasukkan modal. Setiap perniagaan atau aktiviti trading sememangnya memerlukan modal. Masalah sebenar berlaku apabila deposit baharu dibuat tanpa memperbaiki perkara yang menyebabkan akaun sebelumnya mengalami kerugian.

Tiada jurnal disemak. Tiada kesilapan dikenal pasti. Tiada perubahan dibuat terhadap pengurusan risiko.

Hanya modal yang bertukar, tetapi cara trading masih sama.

Profit Sementara Boleh Menyembunyikan Tabiat Buruk

Pada peringkat awal, seseorang trader mungkin mengikut semua peraturan. Lot masih kecil, stop loss diletakkan dan posisi tidak dibuka secara berlebihan.

Selepas menang beberapa kali, disiplin mula berubah. Setup yang belum lengkap mula kelihatan seperti peluang dan lot kecil pula dirasakan tidak cukup berbaloi.

Beberapa kemenangan belum membuktikan seseorang sudah menguasai market. Kadangkala profit diperoleh bukan kerana analisis yang sangat tepat, tetapi kerana market kebetulan bergerak mengikut posisi yang dibuka.

Tabiat buruk hanya kelihatan apabila market bergerak bertentangan. Ketika itulah trader perlu memilih sama ada menerima kerugian kecil atau melawan market kerana ego tidak mahu mengaku salah.

Satu Kerugian Bertukar Menjadi Lima ‘Layer’

Revenge trading biasanya tidak bermula dengan niat mahu berjudi. Ia bermula dengan satu ayat yang kedengaran cukup munasabah:

“Aku cuma nak dapatkan semula loss tadi.”

Apabila trade seterusnya juga rugi, keinginan untuk mendapatkan semula modal menjadi semakin kuat. Lot mula dibesarkan, entry dibuat dengan lebih pantas dan pelan trading semakin dilupakan.

Pada tahap ini, keputusan tidak lagi dibuat berdasarkan analisis. Trader sedang bertindak berdasarkan rasa marah, takut dan terdesak.

Satu kerugian yang sepatutnya kecil akhirnya bertukar menjadi lima atau enam posisi yang tidak dirancang. Bukan market yang memaksa semua posisi itu dibuka, tetapi kegagalan untuk menerima bahawa sesuatu analisis boleh menjadi salah.

Deposit Baharu Bukan Strategi Pemulihan

Selepas akaun burn, deposit baharu boleh memberikan rasa seperti mendapat peluang kedua. Namun, modal baharu tidak akan membetulkan tabiat lama secara automatik.

Jika seseorang masih menggunakan leverage berlebihan, mengalihkan stop loss dan mengejar harga, deposit baharu hanya akan memanjangkan kitaran yang sama.

Ada juga trader yang memasukkan modal lebih besar kerana percaya akaun sebelumnya burn disebabkan modal terlalu kecil. Mereka menyangka modal yang lebih besar mampu menahan floating dengan lebih lama.

Andaian ini berbahaya. Jika pengurusan risiko masih lemah, akaun yang lebih besar hanya bermaksud jumlah kerugian juga boleh menjadi lebih besar.

Sebelum membuat deposit semula, soalan yang patut ditanya bukan berapa banyak modal yang diperlukan. Soalan yang lebih penting ialah:

Apakah perubahan sebenar yang sudah dibuat sejak akaun sebelumnya mengalami kerugian?

Hari Ini Teknik A, Esok Teknik B

Apabila mengalami kerugian, perkara pertama yang sering dipersalahkan ialah setup.

Indikator tidak berkesan. Timeframe tidak sesuai. Teknik sudah tidak relevan atau market dikatakan telah berubah.

Trader kemudian mencari teknik baharu di YouTube, TikTok, Telegram atau media sosial. Hari ini belajar support dan resistance, esok mencuba supply and demand, minggu depan beralih kepada smart money dan kemudian mencari indikator lain pula.

Akhirnya chart dipenuhi dengan garisan, tetapi trader masih tidak mempunyai proses yang boleh diikuti secara konsisten.

Mungkin masalahnya bukan kerana semua teknik itu gagal. Trader tersebut tidak pernah memberikan masa yang mencukupi untuk memahami, menguji dan menguasai satu pendekatan.

Mencari teknik baharu setiap kali rugi lebih mudah daripada memeriksa kelemahan sendiri.

Terlalu Lama Bergantung kepada Signal

Signal boleh memberitahu bila hendak buy, bila hendak sell dan di mana mahu meletakkan stop loss. Namun, signal tidak semestinya mengajar mengapa sesuatu posisi dibuka.

Selagi signal menghasilkan profit, semuanya kelihatan baik. Masalah bermula apabila signal mengalami kerugian, pemberi signal tidak memberikan kemas kini atau market tiba-tiba berubah arah.

Trader mula panik kerana tidak tahu apa yang sedang berlaku. Nak tutup takut harga berpatah balik, tetapi nak terus pegang pula takut kerugian semakin besar.

Tidak salah melihat analisis orang lain. Namun, jika setiap keputusan bergantung sepenuhnya kepada orang lain, kita belum benar-benar belajar menjadi trader.

Kita hanya belajar mengikut arahan.

Ramai Belajar Entry, Tetapi Tidak Belajar Cara Menghadapi Loss

Kebanyakan kandungan trading memberikan tumpuan kepada cara mencari entry. Tidak ramai yang mahu membincangkan cara menerima kerugian.

Hakikatnya, kerugian tetap akan berlaku walaupun seseorang mempunyai pengalaman bertahun-tahun. Tiada setup yang akan menang setiap kali dan tiada siapa mampu membaca semua pergerakan market dengan tepat.

Trader yang lebih matang bukan trader yang menang setiap hari. Mereka masih boleh salah membaca market, tetapi sudah menentukan jumlah risiko sebelum membuka posisi.

Mereka tahu bila perlu berhenti. Mereka juga tidak membiarkan satu kesilapan merosakkan keseluruhan akaun.

Kadangkala keputusan terbaik ialah tidak membuka sebarang posisi. Bahagian ini mungkin tidak menarik untuk ditunjukkan di media sosial, tetapi disiplin menjaga modal lebih penting daripada memaksa diri mencari peluang setiap hari.

Pendekatan Profesional Bermula dengan Proses

Menjadi lebih profesional bukan bermaksud tidak pernah mengalami kerugian. Ia bermaksud mempunyai proses sebelum, semasa dan selepas membuka sesuatu posisi.

Sebelum masuk ke dalam market, seorang trader sepatutnya boleh menjawab beberapa soalan:

  • Mengapa posisi ini mahu dibuka?
  • Apakah yang sedang menggerakkan market?
  • Di manakah analisis ini dianggap salah?
  • Berapa banyak kerugian yang sanggup diterima?
  • Apakah tindakan yang perlu diambil jika emosi mula mengawal keputusan?
  • Adakah posisi ini benar-benar perlu atau sekadar mahu membalas kerugian sebelumnya?

Jika soalan asas ini masih sukar dijawab, mungkin kita tidak memerlukan setup atau deposit baharu. Kita memerlukan proses pembelajaran yang lebih tersusun.

Keluar daripada Kitaran “Kaki Depo”

Jika anda pernah melalui kitaran deposit, profit, rugi dan deposit semula, anda bukan seorang sahaja. Namun, kitaran itu tidak akan terputus hanya dengan menambah modal.

Perubahan bermula apabila seseorang berhenti mencari jalan pintas dan mula memahami kelemahan dalam cara mereka membuat keputusan.

Atas sebab itu, keahlian HUSTLE24HOUR 2026 kini dibuka kepada trader yang mahu membina kefahaman serta pendekatan trading dengan lebih teratur.

HUSTLE24HOUR bukan group signal, program copy trade atau tempat untuk mengejar entry semata-mata. Ia merupakan program pembelajaran dan komuniti untuk membantu ahli memahami perkara yang berlaku di sebalik pergerakan market.

Antara perkara yang akan dipelajari dan dibincangkan bersama termasuk:

  • Fundamental dan sentimen market
  • Cara memahami perkara di sebalik pergerakan harga
  • Gabungan fundamental dengan analisis teknikal
  • Teknik Moshed Magic Line
  • Pengurusan risiko dan disiplin
  • Persediaan sebelum menghadapi market
  • Sesi Zoom serta bedah market bersama Tuan Moshed dan komuniti

Program ini tidak menjanjikan keuntungan dan tidak boleh menghapuskan risiko trading. Namun, ia boleh menjadi ruang untuk belajar, bertanya dan mula membina proses sendiri tanpa terus bergantung kepada signal atau menukar teknik setiap kali mengalami kerugian.

Jika tujuan anda hanya mahu mencari entry cepat atau mendapatkan semula duit yang sudah rugi, HUSTLE24HOUR mungkin bukan untuk anda.

Tetapi jika anda sudah penat mengulangi kesilapan yang sama dan mahu belajar melihat market dengan lebih matang, anda boleh mendapatkan butiran lanjut melalui pautan di bawah.

👉 Lihat Butiran HUSTLE24HOUR 2026

Sebelum membuat deposit baharu, mungkin soalan yang patut ditanya bukan:

“Berapa banyak aku boleh profit kali ini?”

Sebaliknya:

“Apa yang aku benar-benar sudah belajar daripada akaun yang lepas?”

HUSTLE24HOUR ialah program pembelajaran dan bukan khidmat nasihat kewangan atau jaminan keuntungan. Perdagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi.

Tags: buykaki deposellTrader
ShareTweetSend

Related Posts

FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

by Team INTRADAY
30 October 2026
0

Berita besar sudah keluar. Sekarang masa untuk bedah reaksi pasaran. Malam ini, sertai Intraday Education secara bersemuka untuk sesi perbincangan...

HUSTLE24HOUR Kini Dibuka: Belajar Memahami Cerita Di Sebalik Pergerakan Market

HUSTLE24HOUR Kini Dibuka: Belajar Memahami Cerita Di Sebalik Pergerakan Market

by Team INTRADAY
20 August 2026
0

Dah lama trade, tetapi masih tidak faham kenapa market tiba-tiba naik dan jatuh? Setiap kali keluar news besar, chart mula...

5 Perkara Yang Membuatkan Anda Tidak Lengkap Sebagai Seorang Trader

5 Perkara Yang Membuatkan Anda Tidak Lengkap Sebagai Seorang Trader

by Team INTRADAY
28 April 2026
0

Dalam dunia trading, ramai orang fokus kepada entry yang tepat dan profit yang besar. Tapi hakikatnya, kejayaan sebenar seorang trader...

Trader Malaysia, Masih Ada atau Dah Senyap?

Trader Malaysia, Masih Ada atau Dah Senyap?

by Team INTRADAY
23 April 2026
0

Suatu masa dahulu, sebelum dunia trading jadi terlalu kompleks, sebelum terlalu banyak “noise” di media sosial, ada satu zaman yang...

  • Trending
  • Comments
  • Latest
Emas Bangkit, Jangkaan Kenaikan Kadar Fed Mula Pudar

Emas Bangkit, Jangkaan Kenaikan Kadar Fed Mula Pudar

23 November 2026
Emas Cuba Bangkit, PCE Jadi Ujian Seterusnya

Emas Cuba Bangkit, PCE Jadi Ujian Seterusnya

23 November 2026
Import Emas China Cecah AS$209 Bilion, Apa Maksudnya?

Import Emas China Cecah AS$209 Bilion, Apa Maksudnya?

23 November 2026
“Cyber Attack” Kapal Tanker, Iran Disiasat!

“Cyber Attack” Kapal Tanker, Iran Disiasat!

0
KLCI Tambah 20 Kaunter, Saham Teknologi Jadi Tumpuan

KLCI Tambah 20 Kaunter, Saham Teknologi Jadi Tumpuan

0
Tanker “Hantu” Cetus Persoalan Baharu Di Hormuz

Tanker “Hantu” Cetus Persoalan Baharu Di Hormuz

0
“Cyber Attack” Kapal Tanker, Iran Disiasat!

“Cyber Attack” Kapal Tanker, Iran Disiasat!

24 November 2026
KLCI Tambah 20 Kaunter, Saham Teknologi Jadi Tumpuan

KLCI Tambah 20 Kaunter, Saham Teknologi Jadi Tumpuan

24 November 2026
Tanker “Hantu” Cetus Persoalan Baharu Di Hormuz

Tanker “Hantu” Cetus Persoalan Baharu Di Hormuz

24 November 2026
INTRADAY.my

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.

Media Pasaran Kewangan No. 1 di Malaysia

  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Pasaran
    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.