COVID-19 Dikesan Pada Bungkusan Makanan Laut ‘Frozen’ Di China!

697

Pihak berkuasa di China berjaya mengesan COVID-19 pada bungkusan makanan laut beku yang diimport serta tiba dari bandar pelabuhan Dalian, yang baru-baru ini mencatatkan peningkatan kes jangkitan.

Virus itu dijumpai pada bungkusan luar makanan laut beku yang dibeli oleh 3 buah syarikat di Yantai, sebuah bandar pelabuhan di wilayah Shandong timur.

Pemerintah kota Yantai mendedahkan bahawa makanan laut itu diimport dan tiba di Dalian tetapi tidak menjelaskan dari mana asalnya.

Pada bulan lalu, pegawai kastam di Dalian, sebuah pelabuhan utama di wilayah timur laut Liaoning turut mengesan jangkitan wabak itu dalam bungkusan udang beku yang diimport dari Ecuador, lalu China bertindak menangguhkan import dari 3 pengeluar udang Ecuador.

Menurut pemerintah Yantai, sebilangan besar makanan laut yang dibeli oleh 3 syarikat wilayah itu telah diproses untuk dieksport, sementara selebihnya disimpan dalam simpanan sejuk dan belum memasuki kawasan pasar.

Namun, anggota kakitangan di unit tindak balas wabak coronavirus di Yantai enggan mengulas lanjut berkenaan isu eksport makanan tersebut.

Oleh yang demikian, barangan tersebut telah pun dibungkus dengan rapi manakala setiap individu yang mengendalikannya kini menjalani kuarantin serta disahkan negatif COVID-19.

Wabak coronavirus terbaru dikesan di bandar Dalian pada akhir bulan Julai, dengan kes pertama bermula di sebuah syarikat pemprosesan makanan laut. Menjelang hari Ahad, Dalian telah melaporkan sebanyak 92 kes jangkitan COVID-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat