Covid ‘Meletus’ Di Korea Utara, Sahkan 6 Kematian Pertama

728

Korea Utara kini berdepan ancaman besar Covid-19 selepas mengumumkan kematian pertama akibat wabak tersebut dengan berpotensi mencatatkan 350,000 kes di seluruh negara.

Agensi berita rasmi KCNA pada Jumaat telah melaporkan enam kematian dicatatkan sehari selepas mengesahkan bahawa wabak Covid-19 akhirnya telah tiba di negara itu.

Setakat ini, seramai 187,800 orang sedang diasingkan dan dirawat selepas ‘demam’ yang tidak dikenal pasti merebak di negara itu sejak akhir April.

Kira-kira 350,000 orang telah menunjukkan tanda-tanda demam termasuk 18,000 yang baru melaporkan gejala sedemikian pada hari Selasa sahaja, menurut KCNA sambil menambah bahawa 162,200 daripada mereka sedang dirawat setakat ini.

Walau bagaimanapun, agensi berita itu tidak menyatakan berapa ramai yang telah diuji positif untuk Covid-19.

Pengesahan kematian pertama akibat pandemik di Korea Utara dibuat selepas rejim itu berkata ia mengenakan langkah kecemasan maksimum untuk menangani wabak di ibu negara, Pyongyang.

Pakar percaya tiada, atau sangat sedikit daripada 26 juta orang di negara itu telah divaksin dan terdapat kebimbangan yang semakin meningkat bahawa wabak itu akan ‘meranapkan’ perkhidmatan kesihatan Korea Utara.

Jurucakap kementerian luar China, Zhao Lijian memberitahu bahawa Beijing telah menawarkan bantuan kepada Korea Utara untuk menangani wabak itu.

Amerika Syarikat bagaimanapun tidak mempunyai rancangan segera untuk berkongsi vaksin Covid-19 dengan Korea Utara, menurut setiausaha akhbar White House Jen Psaki pada Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat