CPI AS Di Luar Jangkaan, Tapi Reaksi BTC Mengecewakan!

156

“Bosannya pergerakan BTC, naik lepastu jatuh balik tempat yang sama.”

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) mencapai semula kedudukan $31,000 apabila terbitan data Indeks Harga Pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Jun dilaporkan susut pada 3% berbanding jangkaan pasaran 3.1%.

Susulan inflasi teras AS capai 4.8% iaitu angka terendah sejak November 2021 daripada 5.3% pada bulan Mei, Federal Reserve (Fed) mungkin akan berpendirian lebih dovish dalam melaksanakan tindakan dasar monetari mereka.

Menurut penganalisis JPMorgan, inflasi yang jatuh pada 3% bakal membawa pergerakan menaik selanjutnya dalam pasaran kripto mahupun saham kerana Fed akan sukar untuk menaikkan kadar faedah.

Selepas pengeluaran data CPI semalam, kebanyakannya berpandangan terdapat keberangkalian 90% untuk Fed menaikkan kadar faedah 25 mata asas semasa mesyuarat Jawatan Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) seterusnya pada 26 Julai.

Memang tidak dinafikan BTC naik lebih 1% melepasi $31,000 dalam masa beberapa minit sahaja selepas data CPI sebelum harganya jatuh semula, bagaimanapun penganalisis menjangkakan aset digital itu mampu tembus $35,000 setelah buat beberapa pergerakan turun naik.

Selain itu, penganalisis popular Michael van de Poppe juga sungguh percaya data CPI yang positif dapat mendorong seluruh pasaran kripto termasuk BTC untuk melonjak lebih tinggi.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 0.71% pada paras $30,336 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $589 bilion seterusnya mencatatkan penurunan 0.16% sepanjang minggu lepas.

Manakala Ethereum (ETH) pula tergelincir sekitar 0.69% pada paras $1,870 dalam tempoh 24 jam terakhir dan Ripple (XRP) susut 0.83% pada $0.47 dengan modal pasaran $24 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat