Credit Suisse Terpaksa Dijual Kepada UBS Dengan Harga $3.2 Bilion!

614

Gergasi bank pelaburan Switzerland, Credit Suisse akhirnya diselamatkan oleh pesaingnya, UBS Group AG dengan pembelian bernilai $3.23 bilion dalam perjanjian yang disokong kerajaan.

Pengumuman itu dibuat selepas rundingan yang berjalan pada hujung minggu di Switzerland antara kedua-dua bank dan pengawal selia kewangan negara itu.

Swiss National Bank (SNB) berkata perjanjian itu adalah cara terbaik untuk memulihkan keyakinan pasaran kewangan dan mengurus risiko kepada ekonomi.

Bank pusat itu dikatakan telah bekerjasama dengan kerajaan Switzerland dan Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland untuk mencapai persetujuan tersebut.

SNB menjanjikan pinjaman sehingga $108 bilion untuk menyokong pengambilalihan tersebut, manakala kerajaan pula memberi jaminan bagi menanggung kerugian sehingga $9.7 bilion daripada aset tertentu untuk mengurangkan sebarang risiko terhadap UBS.

Dalam pada itu, terma perjanjian kedua-dua bank itu memperlihatkan pemegang saham Credit Suisse akan menerima 1 saham UBS untuk setiap 22.48 saham Credit Suisse yang dipegang.

UBS adalah sebuah bank pelaburan multinasional dan syarikat perkhidmatan kewangan yang berpangkalan di Switzerland.

Berita mengenai pengambilalihan ini turut disambut baik oleh semua pihak, termasuk Bank of England (BOE) yang menyifatkannya sebagai ‘tindakan komprehensif’ oleh pihak berkuasa Switzerland.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat