Cristiano Ronaldo Disaman Sebab Promosi Binance!

1,029

“Hadui macam-macam la, adakah Cristiano Ronaldo akan rela disaman?”

Cristiano Ronaldo, bintang profesional bola sepak dunia dikenakan tuntutan kelas daripada plaintif yang didakwa mengalami kerugian disebabkan promosi beliau terhadap bursa gergasi mata wang kripto Binance.

Pemfailan pada 27 November 2023 ke mahkamah daerah Amerika Syarikat (AS) di Florida menuduh Ronaldo telah dinaikkan pangkat, membantu dan mengambil bahagian secara aktif dalam tawaran atau penjualan sekuriti tidak berdaftar dengan penyelarasan Binance.

Terdahulu pada pertengahan 2022, Binance telah memeterai perjanjian berbilang tahun bersama Ronaldo untuk mempromosikan satu siri non-fungible token (NFT) miliknya sendiri di mana terdapat tiga unit daripada koleksi bintang bola sepak itu yang terikat dengan Binance.

Jadi di sini dapat dilihat aduan itu telah mendakwa pengguna yang mendaftar untuk NFT Ronaldo lebih cenderung menggunakan Binance bagi tujuan lain, misalnya melabur dalam sekuriti tidak berdaftar seperti Binance Coin (BNB).

Promosi Ronaldo itu telah membantu Binance mendapatkan pelaburan dalam sekuriti tidak berdaftar sambil menggalakkan berjuta-juta pengikut, peminat dan penyokongnya untuk melabur dengan platform Binance.

Bukan itu sahaja, populariti Binance juga makin meningkat disebabkan Ronaldo yang memiliki 850 juta pengikut di seluruh media sosial sehingga mengakibatkan jualan NFT beliau memperoleh kejayaan luar biasa.

Saman tersebut turut mendakwa bahawa Ronaldo sepatutnya tahu tentang Binance menjual sekuriti kripto tidak berdaftar susulan beliau mempunyai pengalaman pelaburan dan sumber yang luas untuk mendapatkan penasihat luar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat