Crypto Heist Di Poly: Hacker Di Tawarkan Jawatan Ketua Penasihat Keselamatan!

896

Pada minggu lalu komuniti kripto telah digemparkan satu insiden yang digambarkan sebagai ‘Crypto Heist’, dimana Poly Network dilaporkan telah menjadi mangsa penggodaman, menyebabkan kehilangan dana bernilai RM2.5 bilion ($600 juta) dalam sekelip mata.

Poly Network merupakan sebuah protokol yang beroperasi di blockchain Binance Smart Chain (BSC), Ethereum (ETH), dan Polygon (MATIC). Dalam menanggapi hal ini beberapa bursa besar kripto telah menawarkan bantuan dan sokongan.

Insiden ini telah menjadi insiden terbesar dalam sejarah kripto. Insiden ini tidak habis disini apabila penggodam telah menemui keinsafan dan memulangkan kembali RM2.5 bilion yang dicuri di rangkaian Poly Network.

Dengan itu, Poly Network dapat memulangkan kembali aset kripto secara berperingkat. Jika sebelumnya Poly Network menawarkan setengah juta kepada penggodam, laporan terkini melaporkan pihak mereka kini menawarkan kepada penggodam ‘Mr White Hat’ untuk menjadi ketua penasihat keselamatan Poly Network.

Firma tersebut memaklumkan, ‘Kami mengandalkan lebih banyak pakar seperti Mr. White Hat untuk terlibat dalam pembangunan Poly Network di masa hadapan kerana kami percaya bahawa kami berkongsi visi yang sama untuk membina sistem yang selamat dan kukuh’.

Ketika ini, pihak Poly Network masih menantikan Mr White Hat memulangkan kunci peribadi kepada pihak Poly Network.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat