Cubaan Kenaikan AUD/USD Terhalang Pada Zon $0.6700

66

Situasi penyusutan US dolar akan membuka ruang kepada mata wang utama lain dalam pasaran untuk meningkatkan kembali nilai dagangan masing-masing ketika petunjuk-petunjuk terbaru dinantikan minggu ini.

Dolar Australia antara yang mencatatkan peningkatan pada minggu susulan data inflasi Australia turut hadir dengan angka yang meningkat untuk laporan April.

US dolar pula terkesan oleh data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan indeks harga PCE yang diterbitkan dengan angka yang kurang memberangsangkan.

Menambahkan tekanan terhadap raja mata wang itu, tinjauan ISM sektor pembuatan AS yang diterbitkan di sesi New York semalam menunjukkan penguncupan lebih rendah berbanding ramalan.

Tumpuan pelabur pada minggu ini akan terarah kepada laporan data pekerjaan AS yang akan menjadi petunjuk seterusnya buat Fed untuk penetapan dasar monetari mereka.

Meneliti carta harga pasangan mata wang AUD/USD, corak kenaikan telah dipaparkan pada dagangan menuju penghujung minggu lalu.

Kenaikan harga diteruskan pada pembukaan awal minggu semalam dengan harga naik hampir mencapai paras 0.67000 yang dilihat sebagai zon rintangan tumpuan di mana turut diuji pada dagangan pertengahan Mei lalu.

Menyambung dagangan hari ini (Selasa), harga menguji zon rintangan 0.67000 sebelum berundur turun ke sekitar 0.66700 di penutup sesi Asia.

Harga masih berlegar di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD tersebut yang mengekalkan isyarat pergerakan bullish.

Kenaikan harga jika masih diteruskan akan cuba untuk menembusi rintangan 0.67000 sebelum catatkan paras ketinggian terbaru 5 bulan.

Sasaran untuk kenaikan lebih tinggi harga selepas ini adalah mencapai sekitar 0.67700.

Namun jika harga terus meluncur laju turun ke bawah melepasi garisan sokongan MA50, pelabur boleh menjangkan harga bakal mencecah kembali paras sokongan minggu sebelum ini iaitu pada 0.66000.

Untuk penurunan lebih rendah jika masih dilanjutkan berkemungkinan mampu untuk mencecah sekitar 0.65400.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat