Curi $25 Juta Dalam Kripto, 2 Beradik Manipulasi Blockchain Ethereum!

340

“Wow pandai juga diaorang ni, tapi tulah salah tetap salah kan.”

Pihak berkuasa bersama Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) mendakwa dua individu atas kesalahan mencuri $25 juta dalam mata wang kripto melalui skim yang mengeksploitasi integriti blockchain Ethereum (ETH).

Diperjelaskan lebih lanjut, DOJ mendakwa adik beradik Anton Peraire-Bueno dan James Pepaire-Bueno susulan didapati berkonspirasi melakukan penipuan wayar, pengubahan wang haram termasuk memperoleh kripto berpuluh juta dolar AS dalam masa 12 saat sahaja.

Menurut Thomas Fattorusso, ejen khas Pejabat Lapangan New York Penyiasatan Jenayah IRS mendedahkan adik beradik itu yang memperoleh akses transaksi belum selesai telah mengubah pergerakan mata wang elektronik kemudian curi $25 juta dalam kripto daripada mangsa.

Umum mengetahui bahawa eksploitasi tersebut tertumpu pada maximum extractable value (MEV)* dalam blockchain ETH.

*Pengeluar blok nilai maksimum (miner atau validator) boleh peroleh dengan memasukkan, menyusun semula atau mengecualikan transaksi apabila menghasilkan blok baharu

Dalam kes ini, adik beradik itu didakwa menggunakan satu siri urus niaga ujian yang membenarkan mereka mempunyai blockchain seterusnya melepaskan content penuh blok dicadangkan sebelum waktunya dan mencuri kripto.

Namun, pihak berkuasa AS berkata adik beradik tersebut yang menolak permintaan bagi memulangkan dana dicuri telah menyembunyikan aset digital menggunakan firma shell** dan bursa kripto asing, di mana mereka yang boleh berdepan hukuman penjara 20 tahun telah memindahkannya ke beberapa wallet.

**Sebuah firma tanpa operasi perniagaan yang aktif atau aset penting

Menerusi pemerhatian pada platform keselamatan blockchain CertiK, mangsa penggodaman, eksploitasi dan penipuan telah mengalami kerugian $25 juta pada April 2023 iaitu angka bulanan terendah sejak 2021 sementara hilang $1 bilion pada 2023.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat