Dagangan Awal Minggu Suram Buat Bursa Malaysia

107

Bursa Malaysia memulakan dagangan awal minggu pada nota positif sebelum berundur sedikit ekoran profit-taking terhadap wajaran tinggi terpilih berdasarkan catatan keuntungan minggu lepas.

Ketika jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.52 mata pada 1,491.71 daripada penutupan Khamis pada 1,492.23.

Indeks dibuka rendah 0.44 mata pada 1,492.67.

Di pasaran meluas, kaunter untung pada 183 mengatasi kaunter rugi pada 141, manakala 233 kaunter pula tidak berubah, 1,685 tidak didagangkan dan 18 digantung.

Jumlah perolehan pada 262.89 juta unit bernilai RM76.49 juta.

Ulas naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, penanda aras indeks mungkin mengalami pembetulan kecil sungguhpun pasaran kekal kukuh.

Rentetan itu, firma meramalkan trend indeks berada pada paras 1,490-1,500 pada hari ini.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) kekal pada RM8.86 dan Public Bank hilang 2 sen pada RM4.62 sementara Petronas Chemicals Group Bhd tambah 3 sen pada RM8.91, IHH Healthcare Bhd capai 2 sen pada RM6.41 dan CIMB Group Holdings Bhd naik 1 sen pada RM5.22.

Saham aktif memperlihatkan CSH Alliance Bhd naik 0.5 sen pada 7.5 sen and Metronic Global Bhd tambah 1.5 sen pada 15.5 sen sementara Serba Dinamik Holdings Bhd jatuh 0.5 sen pada 10 sen dan Compugates Holdings Bhd serta Ta Win Holdings Bhd kekal 1 sen dan 8.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas Shariah mencapai 5.64 mata pada 10,740.41 dan FBM ACE menumbuh 6.34 mata pada 4,841.66 sementara FBMT 100 Index menurun 4.64 mata pada 10,348.23, indeks FBM Emas Index menyusut 2.05 mata pada 10,599.85 dan FBM 70 merosot 10.18 mata pada 12,748.26.

Segi sektor, indeks Perladangan mengukuh 27.93 mata pada 7,026.27, indeks Produk dan Perkhidmatan mencapai 0.33 mata pada 184.70 dan indeks Tenaga meraih 6.10 mata pada 677.34 sementara  indeks Perkhidmatan Kewangan 25.34 mata pada 16,620.05.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat