Dagangan Komoditi Pamer Pergerakan Aktif Pada Dagangan Penghujung Minggu

327

Harga minyak mentah diniagakan tinggi pada Jumaat berikutan penurunan pada inventori minyak mentah Amerika Syarikat selama tiga minggu berturut-turut serta turut didorong oleh faktor ketegangan perang dagang AS-China yang kembali reda dengan laporan rundingan terbaru akan diadakan pada awal Oktober.

Sentimen positif pada rundingan dagang kembali melegakan pelabur ekoran kedua-dua buah negara tersebut antara pengguna terbesar minyak dunia dan mempengaruhi kadar permintaan dalam pasaran minyak global.

Di samping itu juga, negara-negara pengeksport minyak (OPEC) dan rakan sekutu termasuk Rusia masih mengawal kadar pengeluaran minyak mentah dalam usaha untuk mengimbangi harga minyak dalam pasaran.

Sementara dagangan emas pula mengalami penurunan nilai dalam pasaran ekoran sentimen positif pasaran semasa. Dagangan emas pada Jumaat kekal lemah selepas mencatatkan kejatuhan lebih 2% pada sesi sebelum ini dengan tarikan pelabur mula beralih pada aset yang lebih berisiko.

Kejatuhan pada dagangan semalam bagi emas juga turut merekodkan penurunan terbesar harian untuk tempoh 3 tahun ini.

Data ekonomi di Amerika Syarikat yang positif juga turut menyokong lagi sentimen positif pasaran selain ketegangan perang dagang AS-China yang kian reda.

Namun sentiment pasaran berpotensi untuk berubah dengan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada jam 8.30 malam ini. Dengan itu, menjelang sesi dagangan New York, pergerakan pasaran dijangka perlahan pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat