Dagangan Logam Berharga dicatat Melemah Dalam Sesi Asia!

40

Emas menjunam sedikit dalam sesi Asia pada Isnin sambil mengenepikan ujian peluru berpandu yang terbaru oleh Korea Utara. Dalam masa yang sama, pasaran di China, Amerika Syarikat dan UK ditutup hari ini sempena cuti umum.

Niaga gold futures bagi penghantaran Jun di Comex New York Merchantile Exchange menyusut sebanyak 0.13 peratus kepada $1,266.42 satu troy ounce.

Minggu lepas, sesi dagangan emas meningkat ke tahap tertinggi yang dicapai hampir satu bulan sambil mengenepikan kenaikan US Dollar berikutan semakan semula pertumbuhan ekonomi dan prospek kenaikan kadar penanda aras pada bulan Jun.

Ekonomi AS berkembang lebih cepat daripada jangkaan pada tempoh tiga bulan pertama tahun ini dan secara tidak langsung mengurangkan kebimbangan terhadap kelembapan yang berpotensi berlaku di dalam ekonomi AS.

KDNK negara berkembang pada kadar tahunan sebanyak 1.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama 2017, jauh melebihi jangkaan sebelum ini iaitu 0.7 peratus.

US Dollar melonjak ke tahap empat hari tertinggi berikutan prospek kenaikan kadar pada bulan Jun. menurut Fed rate monitor tools, 80 peratus daripada pelabur menjangkakan bahawa Fed akan menaikkan kadar pada bulan depan berbanding 70 peratus yang dicatat pada minggu sebelumnya.

Lanjutan Perjanjian OPEC Langsung Tidak Membantu Kenaikan Harga Minyak Mentah Dalam Sesi Ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat