Lanjutan Perjanjian OPEC Langsung Tidak Membantu Kenaikan Harga Minyak Mentah Dalam Sesi Ini

42

Harga minyak kekal melemah dalam sesi dagangan pada Isnin apabila peningkatan berterusan yang dilaporkan terhadap aktiviti penggerudian AS telah menjejaskan usaha OPEC bagi mengetatkan bekalan.

Brent mentah diniaga pada $52.10 setong dengan junaman sebanyak 5 sen daripada sesi sebelum ini. Selain itu, WTI mentah didagang menurun sebanyak 8 sen kepada $49.72.

Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan beberapa pengeluar non-OPEC bersetuju pada minggu lepas bagi mengurangkan pengeluaran sebanyak kira-kira 1.8 juta tong sehari sehingga meliputi suku pertama tahun 2018. Namun begitu, keputusan ini tidak seperti yang diharapkan oleh sebahagian pelabur.

Mengikut persetujuan awal, perjanjian pembekuan bekalan ini akan tamat pada bulan Jun tahun ini.

Walaupun OPEC masih meneruskan pembekuan bekalan, harga minyak tidak meningkat lebih daripada $50 setong.

Sebahagian besar daripada kejayaan OPEC dikatakan bergantung kepada jumlah output di Amerika Syarikat yang telah melonjakkan pengeluaran sebanyak 10 peratus sejak pertengahan 2016 kepada lebih daripada 9.3 juta tong sehari.

Penggerudi di AS kini telah menambah sebanyak 19 buah pelantar berturut-turut bagi rekod 722 buah iaitu bacaan tertinggi sejak April 2015.

Sentimen dan Event Penting Yang Harus Beri Perhatian Sepanjang Minggu Ini (29 Mei-2 Jun 2017)

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat