Dagangan Logam Berharga Mula Perlahan Gara-Gara Faktor Ini!

50

Harga emas menyusut dalam sesi Asia pada Khamis sementara pasaran meneliti hala tuju dasar penjagaan kesihatan yang akan diketengahkan oleh Presiden Trump.

Emas di Comex New York Merchantile Exchange menyusut sebanyak 0.29 peratus kepada $1,246.05 satu troy ounce, manakala copper kali terakhir dinilai pada $2.639 sepound.

Semalam, harga emas diniagakan lebih tinggi pada Rabu apabila kebimbangan terhadap dasar Trump memberi manfaat kepada logam kuning, disamping data ekonomi yang agak lemah.

Harga emas terus didagang di paras tertinggi apabila pelabur memberi tumpuan kepada kekurangan penerangan mengenai dasar pro pertumbuhan pentadbiran Trump menjelang undian yang akan datang.

Undian akan diadakan bagi mendapat sokongan untuk memansuhkan serta menggantikan akta penjagaan kesihatan Affordable Care Act yang diperkenalkan sewaktu pentadbiran Obama, dengan satu undang-undang yang baru.

Sementara itu, laporan jualan rumah sedia ada yang dikeluarkan semalam juga menambah pengukuhan komoditi emas. Persatuan Hartanah Kebangsaan melaporkan pada Rabu bahawa data ini menjunam sebanyak 3.7 peratus.

Harga Siling Mingguan Bagi Minyak Petrol dan Diesel Akan Berkuatkuasa Pada 30 Mac Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat