Dagangan Pagi Pasaran Saham Eropah Positif, STOXX 600 Naik 0.41%

43

Pasaran saham Eropah meningkat dalam awal dagangan sesi Eropah hari ini dengan risiko geopolitik masih menyelubungi pasaran. Kenaikan dalam pembukaan pasaran pukul 3 petang tadi dipacu oleh kaunter-kaunter kewangan dan kesihatan.

STOXX 600 naik 0.41% setakat pukul 4.10 petang. Indeks ini mengumpulkan 600 syarikat termasuk syarikat besar di 18 negara Eropah yang jika dikumpulkan modal pasaran mencecah sehingga 90% daripada pasaran saham Eropah yang tidak hanya terhad kepada Zon Eropah sahaja. Indeks ini merekod kenaikan selama tiga hari berturut-turut dan berakhir negatif pada Isnin selepas ujian peluru berpandu keenam Korea Utara yang juga paling kuat pada Ahad.

Indeks STOXX50 pula naik 0.33% setakat ini. FTSE 100 di UK naik 0.18% dan DAX di Jerman naik 0.56% setakat pukul 4.16 petang. CAC 40 di Perancis pula naik 0.29%.

Walaupun dengan suasana pasaran saham yang positif setakat ini, pasaran masih lagi berhati-hati terhadap risiko yang dibawa oleh Korea Utara.

Menteri Pertahanan US James Mattis pada Ahad memberi amaran kepada Korea Utara di mana sebarang ancaman terhadap sekutu mereka, Korea Utara akan berhadapan dengan ‘tindakbalas ketenteraan yang besar’.

Pada Isnin, Menteri Pertahanan Korea Selatan berkata mereka masih melihat isyarat bahawa Pyongyang merancang untuk melancarkan lebih banyak peluru berpandu.

Pasaran hadapan Wallstreet (future) pula menunjukkan pasaran US dijangka dibuka rendah setakat pukul 4.25 petang. Pasaran hadapan Down Jones, S&P500 dan Nasdaq ketika ini masing-masing susut 0.18%, 0.18% dan 0.11%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat