Dah Agak! EU Mesti Balas Dendam Pada Rusia

943

Pengumuman Rusia untuk mengerahkan tentera simpanannya ke Ukraine telah mencetuskan tindak balas daripada Kesatuan Eropah (EU) dengan mengenakan sekatan baharu ke atas negara itu.

Ketua dasar luar EU, Joseph Borrell menyifatkan tindakan Presiden Vladimir Putin adalah disebabkan Rusia panik dan terdesak selepas Ukraine berjaya merampas semula beberapa wilayah yang didudukinya.

Beliau yang kini berada di New York untuk perhimpunan tahunan pemimpin dunia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB),  mendakwa Putin secara jelas cuba memusnahkan Ukraine dengan tindakan ini.

Ujar Borrell, para menteri bersetuju untuk menugaskan pasukan mereka menyediakan pakej sekatan kelapan, menyasarkan sektor yang lebih releban dalam ekonomi Rusia dan orang yang bertanggungjawab terhadap perang di Ukraine.

Menteri EU akan mengadakan mesyuarat rasmi seterusnya pada pertengahan Oktober apabila pakej sekatan boleh diformalkan.

Dalam pada itu, Presiden Cyprus memberi amaran kepada EU bahawa ia perlu memastikan sekatannya ke atas Rusia tidak memberi kesan negatif kepada blok atau negara anggota secara individu.

Sekatan EU dan negara Barat lain ke atas Rusia sebelum ini telah memberi impak besar buat ekonomi global yang melonjakkan kos tenaga dan komoditi dengan mendadak.

Sekiranya tindakan ini terus diambil, ini boleh membawa ‘kesakitan’ lebih parah buat dunia, terutamanya Eropah yang sudah terkesan dengan sekatan tenaga Rusia.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat