Dah Kenapa Saham Pharmaniaga Tiba-tiba Mencanak?

575

Saham Pharmaniaga melonjak tinggi hari ini susulan laporan mengenai BP Healthcare Group yang menyatakan minat terhadap firma farmaseutikal itu.

Pada pembukaan dagangan Selasa, Pharmaniaga Bhd melonjak 11.43% kepada 39 sen sebelum mengurangkan sedikit keuntungan kepada 38 sen sebelum ditutup tengah hari ini dengan permodalan pasaran RM504.4 juta.

Memetik kepada laporan The Edge, pengasas BP Healthcare, Datuk Beh Chun Chuan mengesahkan bahawa kumpulan itu berminat terhadap firma farmaseutikal itu.

Terdahulu, The Edge Weekly melaporkan Pharmaniaga telah menerima cadangan daripada pihak yang berminat untuk mengambil bahagian dalam penstrukturan semula syarikat itu.

Antara yang berminat termasuk dana institusi, firma ekuiti swasta dan entiti swasta mahu membeli Pharmaniaga pada harga ynag menarik dan menukarnya kepada hospital awam.

Sementara itu secara berasingan, syarikat itu akan mengumumkan penyusunan semulanya kepada Bursa Malaysia pada Ogos, menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan pada hari Isnin.

Saham Pharmaniaga telah jatuh mendadak pada Februari selepas disenaraikan di bawah klasifikasi PN17 ekoran kerugian bersih suku tahunan terbesarnya sebanyak RM664.39 juta pada suku keempat 2022.

Punca utama kejatuhan tersebut adalah disebabkan kemerosotan yang dialami sebanyak RM552.3 juta ke atas vaksin Covid-19 yang tidak terjual.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat