Dahsyat! Emas Teruk Dihentam Ke Paras Terendah 2 Bulan

6,918

Logam berharga emas terus mencatatkan kejatuhan ketara ketika pasaran menantikan penerbitan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada malam ini.

Berikutan pengukuhan US dolar yang semakin kuat didorong oleh peningkatan dalam hasil perbendaharaan AS, harga emas menjunam ke bawah paras harga $1,800 per auns pada sesi sebelum ini.

Sementara pada sesi Asia hari ini, walaupun pergerakan harga menunjukkan kenaikan sederhana, namun logam kuning itu kekal didagangkan di tahap terendah 2 bulan di sekitar $1,794 per auns (11.00 pagi waktu Malaysia).

Penerbitan laporan pekerjaan NFP malam ini sememangnya telah lama dinantikan oleh para pelabur yang mengharapkan pemulihan dalam pasaran pekerjaan setelah dilanda krisis pandemik coronavirus.

Susulan data tuntutan pengangguran dan pekerjaan ADP yang memberangsangkan, pasaran kini menjangkakan terdapat pertambahan dalam pekerjaan NFP selepas disokong oleh perkembangan positif dalam usaha pelancaran vaksin dan pelaksanaan rangsangan ekonomi pada Disember.

Sementara itu, harga turut mendapat tekanan selepas Bank Pusat England (BOE) mengekalkan kadar faedah tidak berubah dan memberi petunjuk akan mengurangkan pembelian bonnya.

Emas biasanya cenderung untuk menurun berikutan pelaksanaan langkah monetari yang lebih ketat oleh bank pusat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat