Dahsyat! GBP/USD Sambung Lagi Terjun 200 Pips Di Awal Minggu!

196

Pada sesi New York malam ini, pasaran akan menantikan terbitan data indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS), dengan jangkaan bacaan pada bulan Mei mencatatkan 0.8% mengatasi bacaan April pada 0.5%.

Sekiranya terbitan data PPI pada malam ini lebih tinggi atau menepati jangkaan ia boleh mendorong US dolar terus bergerak lebih kuat berbanding mata wang lain untuk mengekalkan momentum pengukuhannya.

Terbitan data inflasi AS yang tertinggi sejak Disember 1981 yang menjadi tumpuan pada penghujung minggu lalu telah membuatkan mata wang US dolar bergerak agresif pada dagangan awal minggu ini menuju mesyuarat FOMC pada awal Khamis.

Pada sesi Eropah harini pula, tumpuan bakal terarah kepada laporan data pekerjaan UK dengan jangkaan bacaan laporan yang positif, berpotensi untuk menyokong peningkatan nilai Pound.

Tetapi kenaikan Pound bakal dibataskan oleh tekanan pengukuhan US dolar selain pelabur berwaspada menjelang mesyuarat polisi bank pusat England (BOE).

Meneliti pergerakan harga pada pasangan mata wang GBP/USD, harga telah membuat penurunan pada sesi Eropah semalam selepas mendatar pada sesi sebelumnya.

Penurunan harian dicatatkan sekitar 200 pips semalam mencecah ke zon 1.21000 menyambung momentum penurunan harga pada penghujung minggu lalu.

Mencecah ke zon 1.21000 semalam telah merekodkan paras terbaru harga sejak Mei 2020 lalu.

Meyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Selasa), harga dilihat membuat sedikit kenaikan namun masih bergerak dalam trend bearish ekoran harga kekal bergerak dibawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam di carta GBP/USD.

Sekiranya penurunan harga masih lagi diteruskan, harga yang susut di bawah paras 1.21000 akan menuju ke paras jangkaan sekitar 1.20000 untuk terus mencatatkan paras terendah terbaru lagi.

Sebaliknya jika kenaikan harga berlaku dari zon 1.21000, berkemungkinan zon 1.22800 akan kembali dijangka menjadi rintangan awal untuk diuji harga.

Kenaikan harga yang diteruskan melepasi zon tersebut seterusnya bakal menuju pula ke paras sasaran lebih tinggi pada sekitar 1.24000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat