Dahsyat Penangan NFP! Sampai 150 Pips GBP/USD Terjun

225

Penangan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan minggu lalu telah mencetuskan terjunan harga drastik pada carta pasangan mata wang GBP/USD.

Pound yang berjaya mengukuh selepas mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) pada Khamis lalu gagal meneruskan rentak positif itu apabila kecundang lebih parah pada Jumaat.

Pasaran telah memberi reaksi terhadap data NFP yang menyaksikan ketiga-tiga komponen melibatkan pertambahan pekerjaan, purata gaji dan pengangguran catatkan bacaan yang baik untuk bulan Januari.

Ini semakin mengurangkan jangkaan untuk langkah penurunan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) sekaligus mendorong pengukuhan berlaku ke atas mata wang US dolar.

Dengan pengukuhan ketara US dolar menyebabkan mata wang utama lain alami tekanan dalam pasaran penutup minggu lalu itu termasuk Pound.

Pada carta GBP/USD Jumaat lalu, harga yang pada mulanya berlegar di ketinggian 1.27700 kemudiannya telah menjunam di bawah 1.27000 dan menuju ke zon 1.26000.

Terjunan harian sekitar 150 pips itu memberi isyarat bearish dengan harga juga mula bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Meneruskan dagangan pada pembukaan awal minggu ini, harga menyambung penurunan perlahan mencecah 1.26000 untuk menguji support penting itu.

Reaksi harga akan diperhatikan bagi petunjuk arah pergerakan harga selanjutnya.

Jika harga tembus bawah zon 1.26000, pergerakan bearish harga dijangka akan diteruskan lagi dengan sasaran akan beralih kepada 1.27000 selain mencatatkan paras terendah terbaru 8 minggu.

Sebaliknya jika harga melantun dari zon 1.26000, kenaikan boleh berlaku semula untuk pelabur perhatikan tanda-tanda bagi pemulihan harga.

Halangan MA50 dan paras 1.27000 akan cuba untuk ditembusi sebelum kenaikan lebih tinggi diteruskan ke paras minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat