Dalam Diam Iran Dan China Cuba Jalin Kerjasama Di Belakang Amerika Syarikat!

530

Iran dan China dilaporkan secara senyap-senyap sedang menyusun kerjasama ekonomi dan keselamatan menyeluruh yang akan membuka jalan untuk pelaburan sehingga berbilion-bilion dolar dalam pelbagai sektor.

Kerjasama itu, yang diperincikan dalam perjanjian yang diterima oleh The New York Times, akan meningkatkan penguasaan China dalam perbankan, telekomunikasi, pelabuhan, landasan kereta api dan puluhan projek lain. Sebagai pertukarannya, China akan menerima bekalan minyak dari Iran secara berkala selama 25 tahun.

Dokumen ini juga memperlihatkan peningkatan dalam kerjasama ketenteraan yang berpotensi memberi peluang kepada penempatan tentera China di wilayah yang menjadi perhatian strategik Amerika Syarikat selama beberapa dekad.

Kerjasama itu pertama kali dicadangkan oleh pemimpin China, Xi Jinping, semasa lawatan ke Iran pada tahun 2016 dan ia telah disetujui oleh kabinet Presiden Hassan Rouhani pada bulan Jun, menurut Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif pada minggu lalu.

Walau bagaimanapun, pegawai Iran secara terbuka menyatakan bahawa ada kesepakatan yang belum selesai dengan China. Malah, perjanjian itu juga belum disahkan lagi oleh Parlimen Iran.

Sementara di Beijing pula, para pegawai juga belum mendedahkan syarat-syarat perjanjian tersebut, dan masih tidak jelas sama ada Presiden Xi Jinping telah menandatanganinya atau akan membuat pengumuman mengenainya.

Sekiranya kerjasama ini benar-benar berlaku, ia berpotensi untuk mencetuskan titik perubahan baru dan menambahkan lagi ketegangan dalam hubungan antara China dan Amerika Syarikat.

Selain itu, ia mungkin akan memberi tamparan besar kepada Trump yang keluar daripada perjanjian nuklear dan melemahkan tindakan pentadbirannya yang mengenakan sekatan ke atas ekonomi Iran.

Iran merupakan salah satu pengeluar minyak terbesar dunia, tetapi eksportnya, sumber pendapatan terbesar Tehran telah merosot sejak pentabiran Trump mula mengenakan sekatan pada 2018.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat