Dana $30 Juta Melonjakkan Harga Polkadot (DOT), Kusama (KSM)!

503

Tuah Polkadot (DOT) dan Kusama (KSM) apabila menyaksikan lonjakan harga semalam susulan daripada pelancaran dana bernilai $30 juta oleh inkubator blockchain Asia, Master Ventures.

Dana modal teroka (VC), dikenali sebagai Master Ventures Polkadot VC Fund dilancarkan bertujuan menyokong dan menaja mana-mana projek blockchain peringkat 1 yang mahu memenangi slot Parachain dalam Polkadot Relay Chain.

Tidak cukup dengan itu, Master Ventures juga ada menjelaskan hasilnya nanti akan membantu pelancaran projek peringkat awal di atas ekosistem Polkadot dan Kusama.

Susulan daripada itu, DOT meningkat hampir 28% kepada $29.21 manakala KSM melonjak lebih 39% kepada $511.91.

Bagaimanapun, ketika penganalisis mengandaikan pergerakan positif yang berterusan, kedua-dua aset itu mencatatkan sedikit penurunan ketika artikel ini ditulis. DOT mencatatkan penyusutan lebih 6% dengan nilai semasa $25.29 dan KSM didagangkan pada $425.3, susut lebih 8% dalam 24 jam.

Sokongan dan penajaan daripada Master Ventures juga sebenarnya menunjukkan keperluan firma itu untuk membeli DOT dan KSM untuk menyokong lelongan slot Parachain.

Dengan cara itu, Kusama dan Polkadot akan mengunci token selama mana pembangun mahu projek mereka berjalan di parachains, tempoh antara 6 bulan sehingga dua tahun.

Ini bermakna, jumlah token DOT dan KSM akan meningkat mengikut tempoh slot parachain itu, sekaligus menyebabkan jumlah bekalan dalam kitaran akan menyusut.

Bagaimanapun, jika berlaku sebaliknya dalam lelongan slot parachain yang dijalankan, ada potensi untuk menyaksikan pembetulan harga bagi kedua-dua aset tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat