Dari Paras $1.2500, GBP/USD Terjun Sampai Ke $1.2400 Semula!

177

Pelabur terpaksa menyaksikan terjunan harian hingga 100 pips harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam. Apa terjadi?

Jangkaan untuk US dolar terus bergerak lemah meleset apabila sentimen pasaran pada Selasa semalam berubah berisiko dicetuskan oleh kebimbangan terhadap krisis perbankan semula.

Dilaporkan saham First Republic Bank menjunam hampir 50% sementara UBS melaporkan kemerosotan 52% pada pendapatan suku tahunan.

Ini telah membuatkan tarikan terhadap safe-haven termasuk mata wang US dolar meningkat semula dalam pasaran.

Namun, pelabur kekal berhati-hati menjangkakan masih ada potensi untuk US dolar kembali susut nilai menjelang mesyuarat FOMC pada awal Mei nanti.

Pada carta GBP/USD, dapat diperhatikan kenaikan perlahan harga di sesi Asia semalam ke paras 1.25000 namun harga mula melantun dari paras tersebut.

Seterusnya, penurunan lebih ketara dipaparkan pada sesi Eropah dan New York sehingga mencecah semula zon 1.24000 yang menjadi sokongan terbaru buat harga.

Harga kemudiannya perlahan di sekitar tersebut menutup dagangan sesi New York dan menyambung pembukaan sesi Asia pagi ini (Rabu).

Jangkaan penurunan harga bakal diteruskan lagi di bawah 1.24000 dengan sasaran seterusnya harga adalah menuju 1.123000.

Mencecah paras tersebut akan mencatatkan harga terendah terbaru untuk tempoh dagangan 3 minggu.

Namun jika harga berjaya membuat lonjakan semula dari zon semasa 1.24000 ini, rintangan pada paras 1.24000 semalam akan kembali diuji semula.

Meneruskan kenaikan akan menyaksikan paras ketinggian minggu terdahulu sekitar 1.254000 pula akan cuba untuk diatasi sebelum harga catatkan paras ketinggian yang baru.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat