Dasar Sifar Covid-19 China ‘Beban’ Pada Harga Komoditi

236

Harga komoditi perindustrian di China telah kembali tenang selepas Shanghai mengumumkan rancangan untuk membuka semula sekatan Covid-19 dan bank pusat pula telah mengurangkan kadar faedah ke atas pinjaman jangka panjang.

Pelonggaran monetari pada hari Jumaat dilihat khas ditujukan kepada pasaran perumahan yang terjejas dan seterusnya akan membantu permintaan terhadap logam.

Namun, masih sukar untuk mengatakan bahawa rangsangan tersebut akan membantu pemulihan ekonomi memandangkan kini Beijing pula sedang berdepan ancaman penularan Covid-19.

Beijing melaporkan rekod kes baharu dengan sebanyak 99 kes telah dicatatkan pada Ahad yang seterusnya memperbaharui kebimbangan terhadap penutupan baharu dilaksanakan di ibu negara China itu.

Sementara itu, penganalisis Serafino Capoferri dari Macquarie Group memberitahu bahawa beliau tidak melihat bahawa langkah bank pusat China akan memberikan rangsangan besar untuk harga komoditi sehingga tahun depan.

Selagi kerajaan meneruskan polisi sifar Covid, pasaran bahan mentah tidak mungkin dapat membuat kemajuan yang besar, terutamanya jika dasar China terus mendorong harga tenaga yang membebankan banyak kos pengeluaran komoditi.

Presiden Xi Jinping juga dijangka tidak akan mengubah pendiriannya terhadap polisi sifar Covid-19 sehingga beliau dapat mengekalkan pemerintahannya untuk penggal ketiga pada musim luruh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat