Data ADP Kukuh Dari Jangkaan! Berita Baik Untuk NFP?

426

US dolar melonjak tinggi selepas data pekerjaan ADP Amerika Syarikat yang lebih kukuh daripada jangkaan menyokong Federal Reserve (Fed) untuk menaikkan kadar faedah pada bulan depan.

Pekerjaan sektor swasta membuat pertambahan terbesar sejak Februari 2022 pada bulan Jun sebanyak 497,000 daripada 267,000 yang dicatatkan bulan sebelumnya dan jauh melebihi jangkaan untuk meningkat sebanyak 247,000.

Namun, bilangan rakyat Amerika yang membuat tuntutan baharu untuk faedah pengangguran dilihat meningkat secara sederhana pada minggu lalu.

Data seterusnya yang telah dikeluarkan semalam adalah sektor perkhidmatan ISM yang berkembang lebih tinggi daripada jangkaan pada bulan Jun, disokong oleh pesanan baharu yang meningkat.

Ekoran daripada itu, pelabur kini meningkatkan lagi jangkaan untuk Fed menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat FOMC Julai.

Namun, pelabur akan memberi tumpuan terlebih dahulu kepada data NFP AS pada malam ini yang dijangka mencatat pertambahan pekerjaan lebih perlahan dan kadar pengangguran turun sedikit pada 3.6%.

Reaksi pasaran adalah ketara, menyaksikan greenback mencanak dan hasil perbendaharaan AS 10 tahun pula melanjutkan kenaikan lebih tinggi ke tahap 4.05%, manakala hasil 2 tahun meningkat lebih 5%, tertinggi 16 tahun.

Bagaimanapun tidak lama selepas itu, keuntungan yang dicatatkan US dolar kembali berkurang mendorongnya diniagakan ke sekitar harga 103.17 pada sesi Asia daripada 103.57 paras tertinggi yang dicapai semalam.

Sementara itu, pound mencapai paras tertinggi dua minggu berbanding euro dan dolar sebelum memadamkan keuntungan tersebut dan didagangkan stabil pada sesi Asia.

Kerugian yang dicatatkan mata wang euro juga tidak lama, melihatkannya kembali diniagakan tenang pada sekitar harga 1.0888 berbanding dolar greenback.

Dagangan yen pula tanpa dijangka lebih kuat, walaupun di tengah-tengah hasil bon AS yang meningkat.

Selain itu, mata wang berkaitan komoditi merosot rendah, di mana dolar Aussie turun ke paras sokongan 0.6600 dan dolar New Zealand pula tergelincir ke bawah harga 0.6200 berbanding greenback.

Dolar Kanada pula merosot lebih jauh ke paras terendah terbaru tiga minggu berbanding USD menjelang data pekerjaan Kanada malam ini.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat