Data CPI Kanada Pada Januari Mengejutkan Ramai!

498

Kadar inflasi tahunan Kanada merosot jauh lebih banyak daripada yang dijangka kepada 2.9% pada bulan Januari, terutamanya disebabkan oleh penurunan harga gas, manakala ukuran inflasi teras turun ke paras terendah dalam lebih dari 2 tahun, berdasarkan data yang dipaparkan pada hari Selasa.

Penganalisis malah telah meramalkan kadar inflasi akan menurun kepada 3.3% daripada 3.4% pada bulan Disember.

Secara bulanan, indeks harga pengguna tidak berubah, berbanding dengan ramalan kenaikan sebanyak 0.4%.

Dua daripada tiga ukuran teras Bank of Canada (BoC) mengenai inflasi asas juga sedikit menurun. CPI-median perlahan kepada 3.3%, terendah sejak November 2021, manakala CPI-trim berkurangan kepada 3.4%, terendah sejak Julai 2021.

Walaupun bank pusat tersebut telah menyatakan bahawa satu data ini tidak mencukupi untuk mempengaruhi keputusan dasar, waima penurunan dalam harga boleh mempercepatkan perbincangan mengenai pengurangan kadar.

BoC telah meramalkan inflasi utama akan kekal sekitar 3% dalam separuh pertama tahun 2024, sebelum perlahan kepada 2.5% menjelang akhir tahun.

BoC mengekalkan kadar semalaman pada 5% pada bulan Januari dan mengatakan bahawa walaupun inflasi asas masih menjadi kebimbangan, tumpuan bank itu beralih kepada bila untuk mengurangan kos pinjaman.

Sebelum pengumuman terakhirnya pada bulan Januari, ahli majlis pentadbiran dasar bank menzahirkan kebimbangang terhadap pengurangan kos pinjaman terlalu awal, terutamanya apabila harga tempat tinggal terus mengekalkan inflasi keseluruhan pada paras tinggi.

Inflasi harga tempat tinggal, yang merangkumi kos faedah gadai janji, sewa, dan komponen yang berkaitan dengan harga rumah, meningkat kepada 6.2% pada bulan Januari daripada 6% pada bulan Disember. Penyumbang terbesar kepada penurunan inflasi utama pada bulan Januari adalah berikutan penurunan harga gas, yang turun 4% secara tahunan, lapor Jabatan Statistik Kanada. Secara bulanan, harga gas turun 0.9%, menandakan penurunan bulanan yang kelima berturut-turut.

Harga makanan yang dibeli di kedai meningkat sebanyak 3.4% – kadar pertumbuhan yang terendah sejak Ogos 2021 juga memberi tekanan ke bawah kepada inflasi utama. Tanpa mengira harga makanan dan tenaga yang turun naik, harga meningkat sebanyak 3.1% berbanding dengan kenaikan sebanyak 3.4% pada bulan Disember.

Pengumuman kadar seterusnya oleh bank adalah pada 6 Mac, di mana bank dijangka untuk mengekalkan kadar dasar faedah utamanya pada tahap tertinggi 22 tahun sebanyak 5%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat