Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semakin menarik menuju penghujung minggu dengan reaksi pada data-data penting yang diterbitkan.
Namun, dapat diperhatikan corak penurunan harga telah mula kelihatan dengan jangkaan pasaran bahawa US dolar akan lebih mendominasi selepas ini.
Pada Rabu lalu, US dolar telah mendapat suntikan pengukuhan oleh ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang mengulangi mesej hawkish berkenaan kenaikan kadar faedah yang bakal diteruskan oleh bank pusat.
Dapat dilihat harga mula susut ke paras 1.09000 selepas turut di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu yang turut menjadi isyarat bearish buat harga.
Lonjakan dapat diperhatikan semula pada sesi Eropah semalam ketika mata wang Euro memberi reaksi positif terhadap data inflasi Jerman yang mencatat angka yang meningkat, menyokong langkah pengetatan bank pusat Eropah (ECB) diteruskan.
Namun, momentum gagal dikekal setelah harga yang mencapai 1.09400 dan turut menguji halangan MA50 itu, kembali menjunam semula setelah kembalinya asakan pengukuhan US dolar.
Bacaan akhir data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan mengejutkan pasaran dengan angka yang meningkat kepada 2.0% berbanding ramalan 1.4% sahaja, bagi suku pertama tahun ini.
Ini dilihat mengekalkan lagi landasan langkah untuk mengetatkan dasar monetari oleh Fed dalam usaha untuk mencapai sasaran inflasi mereka.
Penurunan harga sehingga ke penghujung sesi New York mencecah 1.08600 yang menjadi paras terendah dicatatkan minggu ini.
Penurunan lebih rendah akan dijangkakan untuk melepasi paras minggu lalu sekitar 1.08450 sebelum menuju zon tumpuan pada 1.08000.
Jika pergerakan bearish berterusan hingga bersambung pada dagangan Julai, harga boleh mencecah sehingga ke paras sekitar 1.07000.
Namun jika berlaku lantunan harga semula pada penutup minggu ini dan juga bagi bulan Jun, harga akan cuba untuk melepasi paras 1.09000 serta halangan MA50.
Berjaya melepasi rintangan-rintangan berikut akan menyokong kenaikan lebih tinggi menuju paras 1.10000 yang dicapai minggu lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG