Data Ekonomi AS Heret Emas Ke Paras $2,000 Minggu Ini!

681

Harga emas masih bertahan atas $2,000 semasa sesi pembukaan dagangan Asia pagi tadi selepas pasaran semalam menyaksikan kejatuhan harganya menuju ke paras tersebut.

Penurunan itu berpunca disebabkan oleh laporan data ekonomi AS yang mengukuh dan mengurangkan jangkaan penurunan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) dilaksanakan pada Mac nanti.

Emas kini didagangkan sekitar $2,009 naik 0.19% ia berbanding ditutup semalam.

Sementara itu, Indeks Dolar AS (DXY) melonjak naik ke paras tertinggi tahun ini berhampiran 103.70 mata dan Perbendaharaan AS menunjukkan kelebihan tinggi dengan hasil 10 tahun berada pada 4.10%.

Ramalan para pelabur tentang jangkaan pemotongan kadar faedah oleh Fed masih dipenuhi dengan keraguan disebabkan oleh data-data ekonomi minggu ini yang positif.

Penganalisis melihat kemungkinan sebanyak 57% untuk pemotongan kadar faedah iaitu 25 mata asas pada bulan Mac nanti. Ia turun berbanding jangkaan sebelum ini iaitu 70%.

Selain itu, data Jualan Runcit AS yang lebih baik daripada jangkaan telah menggugat jangkaan pemotongan kadar faedah. Semalam, Jualan Runcit untuk Disember mencapai 0.6% berbanding sebelumnya iaitu 0.3%.

Sentimen pasaran secara menyeluruh pula merosot dengan keluaran data China terus menekan harga emas kerana China merupakan negara pengeluar emas terbesar dunia. Laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu berkembang pada 5.2% pada tahun lepas meleset daripada jangkaan iaitu pada 5.3%.

Pengeluaran perindustrian pula meningkat 6.8% pada bulan Disember dan Jualan Runcit susut kepada 7.4% pada Disember berbanding 10.1% pada bulan sebelumnya.

Buat masa sekarang, para trader akan memperhatikan data Permulaan Perumahan AS, Permit Bangunan, Tuntutan Pengangguran mingguan dan Indeks Pembuatan Fed Philly yang akan dikeluarkan pada hari ini.

Data-data ini boleh memberi arah yang jelas kepada harga emas buat masa sekarang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat