Data Ekonomi AS, Minit Mesyuarat FOMC Bakal Gegar Pasaran

1,045

US dolar mula memaparkan kenaikan ketika pelabur menantikan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang akan diterbitkan pada sesi New York malam ini.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS diramalkan meningkat daripada anggaran awal yang dicatatkan sebelumnya, dengan pertumbuhan sebanyak 2.2% dijangkakan pada suku ketiga tahun ini.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan meningkat pada 96.56 berbanding kebanyakan matawang utama.

Hasil perbendaharaan AS 10 tahun juga berada di tahap lebih tinggi, disokong oleh keyakinan pasaran terhadap pertumbuhan ekonomi Amerika yang lebih kuat.

Tumpuan pelabur turut terarah kepada laporan minit mesyuarat polisi FOMC yang akan dikeluarkan pada awal pagi Khamis yang dijangka akan menggerakkan USD lebih agresif.

Dolar kiwi adalah penggerak terbesar dalam sesi Asia yang tenang dengan jatuh sekitar 0.5% selepas Bank Pusat New Zealand (RBNZ) meningkatkan kadar fadah sebanyak 25 mata asas kepada 0.75%.

Walaupun RBNZ dilihat hawkish untuk kenaikan kadar faedah seterusnya, tetapi dolar kiwi gagal memanfaatkannya dan jatuh lebih rendah.

Sementara matawang Eropah, euro dan pound pula terus melemah di tahap terendah bulanan meskipun data pembuatan dan perkhidmatan yang direkodkan pada bulan November lebih kukuh dari dijangkakan.

Krisis matawang di Turki turut mencuri perhatian pasaran, ketika matawang lira terus terjun lebih rendah ke tahap terlemah sepanjang masa disebabkan penurunan kadar faedah yang dilaksanakan oleh bank pusat walaupun inflasi melonjak tinggi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat