Data Eksport Mengukuh Bantu Angkat Ringgit

238

Ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar AS susulan sentimen pasaran terhadap ringgit disokong oleh data eksport negara yang lebih kukuh daripada yang dijangkakan.

Unit tempatan dibuka pada 4.1930/1980 berbanding dolar AS pada awal sesi dagangan daripada 4.2020/2050 ketika ditutup petang Rabu.

Berdasarkan data dagangan yang dikeluarkan, eksport dicatatkan meningkat 1.7% tahun ke tahun kepada RM87.96 bilion dipengaruhi oleh peningkatan eksport ke Amerika Syarikat, China, Taiwan dan Singapura manakala import mengalami penyusutan 5.9% kepada RM73.69 bilion.

Berikutan daripada data tersebut, terdapat lebihan dagangan direkodkan dengan peningkatan sebanyak 75.6% kepada RM14.27 bilion bagi bulan Julai berbanding dalam tempoh sama pada tahun sebelum dan hal ini menyokong sentimen pasaran terhadap unit tempatan.

Secara keseluruhan, ringgit didagangkan lebih tinggi daripada kebanyakkan kumpulan mata wang utama.

Ringgit tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0287/0330 daripada 3.0311/0341, meningkat berbanding yen kepada 3.9397/9455 daripada 3.9556/9588 ketika ditutup Rabu.

Selain itu, berbanding euro, ringgit naik kepada 4.6261/6329 daripada 4.6306/6343. Bagaimanapun, ringgit diniagakan rendah berbanding pound British kepada 5.1318/1395 daripada 5.1214/1267.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat