Dolar Australia memberikan respon yang minimum selepas data ‘impak tinggi’ dari Australia dikeluarkan pada pukul 8.30 pagi tadi.
Data pekerjaan Australia merekodkan penambahan sebanyak 13,500 pekerjaan pada Januari berbanding jangkaan pasaran iaitu 10,000 pekerjaan. respon yang agak minimum selepas data ini dikeluarkan berikutan kajian semula data bulan lalu dari 13,500 kepada 16,300 pekerjaan.
Bila dilihat secara keseluruhan, Australia kehilangan 44,800 pekerjaan sepenuh-masa dan sebaliknya pula dalam pekerjaan separuh-masa yang berjaya menambah 58,300 pekerjaan.
Kadar pengangguran susut sedikit dari 5.8% kepada 5.7% yang juga lebih baik dari jangkaan pasaran. Data pada hari ini dilihat tidak memberi kesan kepada sebarang perubahan dalam penetapan polisi Bank Pusat Australia (Reserve Bank of Australia, RBA). Di pasaran hadapan pula menunjukkan 40% kenaikan kadar oleh RBA dalam masa 12 bulan akan datang.
Minggu lalu bank pusat ini (RBA) mengekalkan kadar di paras sama dan juga masih mempunyai pendirian sama bahawa polisi semasa akan membantu pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan kembali kepada sasaran inflasi di masa hadapan.