Data Inflasi Hari Ini Mengubah Corak Pasaran! Ini Apa Yang Terjadi Pada Pasaran Mata Wang

789

Euro susut pada hari Khamis selepas inflasi kesatuan Eropah berkurang lebih daripada yang dijangkakan pada bulan ini, memacu kebarangkalian pengurangan kadar ECB, sementara US dolar terus mengukuh dari paras terendah tiga bulan.

Pertumbuhan harga pengguna dalam 20 negara yang berkongsi mata wang euro turun kepada 2.4% pada November daripada 2.9% pada Oktober, tersasar di bawah jangkaan untuk penurunan kepada 2.7%.

“Mesej dari data CPI Eropah hari ini adalah jelas,” kata Matthew Landon, pegawai strategi pasaran global di J.P. Morgan Private Bank. “Disinflasi berterusan dengan cepat di Eropah dan, yang penting, lebih cepat daripada jangkaan pasaran atau ECB.”

“Penurunan inflasi dan ekonomi yang perlahan boleh membenarkan pengurangan kadar ECB seawal suku pertama tahun depan menurut pandangan kami,” kata Landon.

Euro susut sebanyak 0.53% berbanding US dolar kepada $1.0909. Pada hari Rabu, ia mencapai paras tertinggi sejak Ogos pada $1.1017.

Pasaran kini sepenuhnya menilai pengurangan kadar oleh ECB menjelang April, manakala kira-kira 115 mata asas penurunan dijangka pada hujung tahun hadapan.

Pegawai ECB, Fabio Panetta, berkata pada hari Khamis bahawa bank pusat mungkin dapat melonggarkan syarat monetari jika output yang lemah secara berterusan mempercepatkan penurunan inflasi.

Sementara itu, indeks  US dolar, yang mengukur mata wang US berbanding dengan enam mata wang yang lain termasuk euro, mengukuh 0.65% kepada 103.335, pulih selepas menyentuh 102.46 pada hari Rabu, paras terendahnya sejak 11 Ogos.

Indeks Perbelanjaan Peribadi (PCE) hanya mencatat pertumbuhan 3% secara tahunan pada bulan itu, turun dari 3.4% pada bulan September dan selaras dengan jangkaan.

“Core” PCE, yang mengecualikan kategori makanan dan tenaga yang mudah berubah pula catat pertumbuhan  3.5%, turun dari 3.7% dari bulan sebelumnya dan selaras dengan yang dijangkakan oleh ahli ekonomi dalam soal selidik Bloomberg.

Disisi lain, terdapat jangkaan bahawa Bank Pusat Jepun akan segera mengakhiri dasar kadar negatifnya dan dengan itu ia  melegakan tekanan ke atas bank pusat untuk mendukung mata wang melalui campur tangan pasaran FX secara langsung.

Ahli Lembaga Bank Jepun, Toyoaki Nakamura, berkata pada hari Khamis bahawa bank pusat kemungkinan memerlukan lebih banyak masa sebelum menghentikan program rangsangan besarnya.

Mata wang Sterling susut 0.55% kepada paras dagangan 1.2624 berbanding US dolar. Mata wang Australia juga turut susut dengan penyusutan 0.37% kepada $0.6593.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat