Data Inflasi Kanada Merosot Sedikit Pada Bulan Ogos!

166

Jabatan Statistik Kanada melaporkan pada hari ini bahawa kadar inflasi tahunan Kanada jatuh sedikit kepada 1.9% pada bulan Ogos berikutan harga minyak gas rendah. Data yang dikeluarkan ini merupakan antara data utama pertama yang dikeluarkan sejak kempen pilihan raya bermula.

Data yang dikeluarkan pada hari ini sedikit rendah berbanding jangkaan pakar ekonomi yang menjangkakan kadar inflasi akan bertumbuh pada 2.0%. Kejatuhan harga minyak gas sebanyak 10.2% menjadi salah satu faktor utama yang menyebabkan kejatuhan inflasi.

Kanada kini berada dalam suasana kempen pilihan raya dimana parti liberal sedikit tertekan berhadapan parti Konservatif kerana parti Konservatif menjadikan isu sara hidup sebagai bahan dalam kempen.

Pada awal bulan ini, Bank pusat Kanada telah mengekalkan kadar faedah dan tidak mengumumkan mengenai pengurangan kadar faedah pada masa akan datang. Menurut pakar ekonomi Sal Guatieri, bagi bank pusat Kanada tiada keperluan untuk mengurangkan kadar faedah melainkan terdapat kejutan ketara dalam ekonomi.

Disisi lain, kadar inflasi di UK juga jatuh ke paras terendah sejak 2016 apabila harga pengguna UK bertumbuh pada terperlahan sejak Disember pada bulan lepas. Harga barangan dan perkhidmatan mencatat pertumbuhan 1.7% setahun pada bulan Ogos berbanding 2.1% pada bulan Julai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat