Data Inflasi Negatif Zon Eropah – Apakah Tindakan Yang Bakal Di Ambil ECB?

177

Bacaan jangkaan inflasi negatif bagi zon Eropah telah menimbulkan pelbagai reaksi oleh berbagai pihak. Pada hari ini, Jabatan Statistik zon Eropah telah mengumumkan bahawa harga pengguna zon Eropah dijangka jatuh kepada -0.2% pada bulan Ogos, jatuh daripada 0.4% yang dicatat pada bulan Julai.

Sebelum ini ECB telah memberitahu pasaran pada bulan Jun bahawa mereka menjangkakan angka inflasi yang rendah untuk dua tahun akan datang. Oleh itu, dianggarkan inflasi teras perlahan-lahan akan meningkat dari 0.2% pada tahun 2020 kepada 0.9% pada tahun 2022.

Berdasarkan angka yang dikeluarkan ini, para penganalisis kini menjangkakan ECB akan menurunkan ramalannya dan berkemungkinan akan menyesuaikan dasar rangsangannya kembali.

Menurut ketua penganalisis makro di Saxo Bank, Christopher Dembik, “data inflasi yang dikeluarkan pada hari ini menimbulkan persoalan penting mengenai ramalan inflasi pada bulan Jun dan senario inflasi dasar ECB. Selain itu, ia juga akan memberi tekanan ada ECB menjelang pertemuan pada 10 September dan Dewan Pentadbiran berkemungkinan akan mengambil sikap dovish.

Bank pusat akan mengemas kini anggaran inflasi pada bulan September nanti.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat