Data Ini Melemahkan US Dolar, US ISM Manufacturing

34

Data sektor pembuatan AS (US ISM manufacturing index) susut kepada 57.2 dari 57.7 sebelum ini. Jangkaan pasaran bagi data kali ini ialah 57.2 yang sejajar dengan bacaan Mac.

Indeks tempahan baru merekodkan penyusutan kepada 64.5 dari 65.1 di mana terdapat kejatuhan dalam indeks pengeluaran kepada 57.6 dari 62.9 sebelum ini.

Indeks pekerjaan mengukuh mendadak kepada 58.9 dari 54.2 sebelum ini yang akan melonjakkan keyakinan dalam data pekerjaan NFP pada Jumaat.

Komponen harga meningkat kepada 70.5 dari 68.0 sebelum ini yang menunjukkan terdapat kenaikan harga dalam sektor pembuatan. Indeks eksport juga mengukuh kepada 59.0 dari 55.0 yang akan megurangkan kebimbangan kepada penguatan US dolar.

Sebelum ini data PMI sektor pembuatan pula merekodkan kejatuhan kepada 53.3 dari 53.4.

Walaubagaimanapun, bacaan keseluruhan ISM akan melonjakkan keyakinan dalam tren sektor pembuatan dan mengekalkan The Fed di landasan yang betul untuk kenaikan kadar tahun ini.

US dolar gagal mendapat sokongan dari data ini, dengan Usd/Jpy jatuh 40 pip, manakala emas menguat 50 pip selepas 40 minit data ini dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat