Data Ini Memang Tidak Dijangka! Harapan Pelabur Minyak Goyah

2,945

Kenaikan dalam harga minyak malangnya terhenti selepas peningkatan tidak dijangka dalam bekalan minyak mentah Amerika Syarikat melemahkan jangkaan pasaran terhadap pemulihan permintaan.

Walaupun dengan penutupan kilang dan penghentian pengeluaran minyak di Texas akibat cuaca sejuk melampau pada minggu lalu, tetapi inventori minyak mentah AS dilaporkan tetap meningkat.

Menurut anggaran yang dikeluarkan Institut Petroleum Amerika (API), bekalan minyak mentah meningkat 1.026 juta tong pada minggu lalu selepas kejatuhan sebanyak 5.8 juta tong minggu sebelumnya.

Peningkatan ini sememangnya tidak dijangka oleh pasaran yang menjangkakan penurunan ketara dalam stok minyak AS disebabkan peristiwa yang berlaku minggu lepas.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat susut 56 sen kepada $61.11 setong, sementara minyak mentah Brent pula jatuh 39 sen kepada $64.10 setong.

Data rasmi yang akan diterbitkan pada malam ini oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) akan menjadi tumpuan utama pasaran untuk mendapatkan pengesahan bahawa inventori minyak mentah meningkat minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat