Data ISM Di Luar Jangkaan, Pasaran Kripto Bakal Jatuh?

390

“Hmm agak-agak harga kripto akan jatuh dengan ketara tak?”

Pasaran mata wang kripto mungkin perlu bersiap sedia bagi melihat kejatuhan disebabkan data pengeluaran pembuatan Amerika Syarikat (AS) datang lebih tinggi daripada jangkaan pada hari Khamis semalam.

Dilaporkan, indeks PMI Pembuatan ISM untuk Januari 2024 mencapai 49.1 mata mengatasi ramalan Wall Street 47.2 mata dan walaupun ia kurang daripada 50 bacaan diperlukan bagi menunjukkan peningkatan sektor, nilai itu adalah tinggi sejak Oktober 2022.

Jadi di sini dapat dilihat lantunan kukuh dalam indeks pembuatan ISM bukan sahaja membuktikan kemerosotan dalam sektor itu makin pudarmalah membenarkan Federal Reserve (Fed) menunggu lebih lama sebelum mengurangkan kadar faedah.

Selain memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah, Fed turut menunjukkan bahawa aktiviti ekonomi telah berkembang pada kadar yang kukuh di AS dan perkara utama dalam laporan Fed ialah inflasi berkurangan sepanjang tahun lalu, tetapi kekal tinggi.

Kripto sentiasa bergantung pada sentimen pelabur, jadi keputusan kadar faedah oleh Fed sentiasa jadi metrik penting digunakan oleh peserta pasaran untuk mengukur pelaburan susulan kadar faedah lebih rendah sering menjadikan sekuriti kerjaan kurang menarik.

Pada masa ini, pasaran kewangan di seluruh dunia menjangkakan pengurangan kadar faedah akan berlaku tidak lama lagi, tetapi data ekonomi kini menunjukkan keadaan ekonomi tidak cukup baik untuk membenarkan pengurangan kadar yang ketara.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 2.67% pada paras $43,108 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $845 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 7.99% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat