Indeks sektor pembuatan US ISM merosot kepada 54.8 pada April dari 57.2 sebelum ini. Jangkaan pasaran kali ini indeks hanya merosot kepada 56.5 dan merupakan bacaan terendah sejak empat bulan lalu.
16 dari 18 industri merekodkan kenaikan pada April di mana hanya satu yang mencatat kemerosotan.
Komponen tempahan baru semakin perlahan kepada 57.5 dari 64.5, tetapi bacaan kali ini masih lagi dilihat kukuh manakala komponen pengeluaran pula naik kepada 58.6 dari 57.6. Komponen indeks penghantaran pula sedikit susut kepada 55.1 dari 55.9.
Indeks pekerjaan susut dengan mendadak ke paras 52.0 dari 58.9 sebelum ini yang akan memburukkan lagi jangkaan dalam industri pekerjaan sektor pembuatan dan juga data NFP yang akan dikeluarkan Jumaat ini.
Indeks harga pula susut kepada 68.5 dari 70.5 dan di atas jangkaan 67.7 yang menunjukkan tekanan inflasi masih lagi kuat di dalam ekonomi.
Walaupun ada bukti yang menunjukkan penguatan US dolar memburukkan eskport US, tetapi komponen eksport data ISM ini meningkat kepada 59.5 dari 59.0.
Secara keseluruhan, data kali ini masih menggambarkan sektor pembuatan di US yang terus berkembang kukuh.
Data akan mengekalkan jangkaan bahawa sektor pembuatan yang agak perlahan walaupun tiada bukti yang menunjukkan bacaan yang terlalu serius. US dolar bergerak rendah sejurus data ini dikeluarkan pada Isnin pukul 10 malam tadi.