Data Jualan Runcit U.S. Semakin Baik

56

Jabatan Bancian US (US Census Bureau) semalam mengeluarkan data jualan runcit (retail sales) bagi bulan Oktober yang meningkat sebanyak 0.80% berbanding jangkaan 0.60%. Manakala core retail sales juga meningkat sebanyak 0.80% berbanding 0.50% jangkaan. Data ini dikeluarkan setiap bulan selepas 13 hari.

Kiraan bagi data Core retail sales tidak termasuk jualan kenderaan. Jualan kenderaan pula meningkat 0.80% lebih dari jangkaan 0.40%.

Manurut laporan Bloomberg, pasaran buruh, peningkatan gaji dan inflasi yang perlahan memberikan rakyat Amerika lebih wang untuk berbelanja. Momentum pada permulaan suku keempat ini agak baik dari segi perbelanjaan isirumah yang merupakan 70% penyumbang kepada ekonomi.

Bagi penganalisis ekonomi di Barclays Plc New York, Michael Gapen, sentiment pengguna memang baik. Beliau menambah, perbelanjaan isirumah adalah kukuh dan menjangkakan ada sedikit peningkatan berbanding suku ketiga.

Jualan dilihat meningkat dalam 11 dari 13 kategori barangan dua bulan berturut-turut hingga Oktober. Ini termasuk peningkatan tertinggi dalam jualan internet dan pengukuhan jualan pakaian sejak Februari. Hanya kategori kedai perabot dan Restoran sahaja yang menunjukkan kejatuhan pada jualan Oktober.

Jualan runcit ‘control group’ pula naik 0.80% pada bulan yang sama melebihi jangkaan 0.30% dan 0.10% yang dicatatkan pada September.

Data ini digunakan untuk mengira KDNK (GDP) yang mengecualikan kategori makanan, perkhidmatan, kedai kereta, kedai hardware. Peningkatan dalam ‘control group’ ini adalah yang terbesar sejak April dan diikuti 0.30% kenaikan pada September.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat