Data Keluaran Terbaru Buatkan Pasaran Bimbang, Ini Sebabnya!

662

Laporan terbaru daripada Jabatan Perdagangan melaporkan bahawa dengan aggaran ekonomi Amerika Syarikat terpaksa berhadapan dengan penguncupan ekonomi bagi permulaan tahun ini. Perkara ini menjadi tanda kurang baik berikutan pelaburan perniagaan dan swasta yang lemah gagal mengimbangi perbelanjaan pengguna yang kukuh.

KDNK suku pertama merosot pada kadar tahunan 1.5% berdasarkan aggaran kedua dari Biro Analisis Ekonomi. Ia lebih buruk daripada anggaran 1.3% Dow Jones.

Semakan menurun untuk kedua-dua inventori swasta dan pelaburan kediaman mengimbangi perubahan menaik dalam perbelanjaan pengguna. Defisit perdagangan yang semakin besar juga mengurangi bacaan KNDK.

Jangkaan penurunan dalam nilai KDNK ini mewakili bacaan sukuan terburuk sejak suku kedua pada tahun 2020 dimana negara dilanda oleh pandemik Covid-19. Penularan Covid-19 telah menghantar ekonomi A.S kepada kemelesetan yang yang didorong oleh penutupan ekonomi yang dikenakan kerajaan bagi memerangi Covid-19. KDNK menjunam 31.2% pada suku itu.

Ahli ekonomi sebahagian besarnya menjangkakan ekonomi A.S. akan pulih pada suku kedua kerana beberapa faktor yang menyekat pertumbuhan pada awal tahun ini akan berkurangan. Lonjakan dalam varian Omicron telah memperlahankan ekonomi pada ketika itu, ditambah pula serangan Rusia ke atas Ukraine memburukkan lagi isu rantaian bekalan yang telah menyumbang kepada bacaan inflasi tertinggi selama 40 tahun.

Satu faktor yang membantu memacu pertumbuhan ialah pengguna yang berdaya tahan dalam berhadapan inflasi. Perbelanjaan pengguna yang diukur oleh perbelanjaan penggunaan peribadi meningkat 3.1%, lebih baik daripada anggaran pertama sebanyak 2.7%. Dalam masa yang sama, pasaran buruh juga kekal kukuh dengan pertambahan gaji.

Data yang berbeza, tuntutan pengangguran awal bagi minggu berakhir 14 Mei berjumlah 210,000, penurunan daripada 218,000 sebelumnya berdasarkan laporan Jabatan Buruh.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama didagangkan susut sebanyak 0.16% kepada paras dagangan 101.910. Bursa saham pula mengalami lonjakan lebih 1 mata peratusan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat