Data Mengejutkan API, Pacu Lonjakan Harga Minyak!

461

Dagangan komoditi hitam kembali bangkit selepas data industri menunjukkan bekalan minyak mentah Amerika Syarikat mencatatkan kejatuhan ketara pada minggu lalu.

Terbaru, Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan inventori minyak mentah jatuh sebanyak 5.27 juta tong pada minggu lepas, menyusuli peningkatan 2.56 juta tong pada minggu sebelumnya.

Namun, pada masa yang sama, data juga menunjukkan bekalan petrol meningkat 3.1 juta tong, jauh lebih tinggi daripada yang dijangkakan.

Laporan ini telah mendorong minyak mentah untuk melonjak lebih tinggi selepas sesi dagangan menyuramkan pada awal minggu.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat meningkat sebanyak 26 sen dan didagangkan kukuh apda $52.86 setong, manakala minyak mentah Brent pula menokok 24 sen kepada $55.88 setong.

Selain itu, kenaikan harga turut disokong oleh ramalan positif daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang meningkatkan unjurannya terhadap pertumbuhan ekonomi global pada tahun 2021.

Namun begitu, IMF juga menyebut mengenai ketidakpastian mengenai prospek ekonomi yang ditimbulkan oleh gelombang dan varian baru Covid-19 yang boleh menjejaskan unjuran mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat