Data NFP Makin Dekat, USD Takut Nak Ke Mana-mana

970

Kewaspadaan pelabur terpapar menjelang terbitan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat, dengan kebanyakan mata wang terus bergerak mendatar pada sesi Eropah.

Berbanding kebanyakan mata wang utama, indeks dolar diperdagangkan sedikit berubah pada sekitar harga 103.50.

Kebimbangan terhadap kemungkinan AS akan ‘default’ akhirnya mereda selepas Senat meluluskan rang undang-undang untuk menaikkan siling hutang pada sesi Asia tadi.

Kini, perhatian pelabur terarah kepada data pekerjaan NFP AS yang akan dikeluarkan pada sesi New York untuk dijadikan petunjuk seterusnya kepada penetapan dasar Federal Reserve (Fed).

Ekonomi AS dijangka menambah sebanyak 193,000 pekerjaan pada bulan Mei, merosot daripada pertambahan 253,000 yang dilakukan pada April manakala kadar pengangguran diunjurkan meningkat kepada 3.5%.

Melihat pergerakan pasaran lebih luas, mata wang euro dan pound didagangkan berlegar pada sekitar harga yang sama seiring dengan pergerakan US dolar yang mendatar.

Berbeza pula dengan dolar Aussie yang melihatkan peningkatan lebih tinggi dari paras terendah enam bulannya, disokong oleh jangkaan bahawa bank pusat Australia akan menaikkan kadar faedah lagi minggu depan.

Turut memaparkan pengukuhan adalah dagangan dolar New Zealand di tengah-tengah sentimen pasaran yang bertambah baik susulan penyelesaian dalam isu siling hutang AS.

Selain itu, dolar loonie juga menguat seiring dengan mata wang komoditi lain, di samping turut mendapat sokongan daripada kebangkitan dalam harga minyak mentah.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat