Data NFP Meleset Jauh Tetapi Kadar Gaji Rekod Kenaikan 0.30%

985

Data pekerjaan Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada Jumaat bercampur-campur di mana tambahan pekerjaan jauh meleset daripada jangkaan dengan kadar gaji menepati jangkaan pasaran.

US dollar bergerak turun-naik dengan kombinasi data yang bercampur-campur. USD/JPY setakat pada pukul 8.44 malam telah membuat penurunan 23 pip kemudian menguat semula sebanyak 20 pip. Dengan kombinasi data kali ini, kekuatan USD/JPY dinilai sebagai kecil.

Non-Farm Payroll hanya bertambah sebanyak 103,000 pada Mac berbanding jangkaan 190,000. Data kali ini jauh meleset daripada bacaan sebelum ini yang merekodkan tambahan 313,000 pekerjaan.

Kadar pengangguran juga meleset daripada jangkaan dengan catatan 4.1% lebih tinggi daripada jangkaan 4.0%. Bacaan kali ini tidak berubah daripada sebelum ini.

Manakala bacaan yang lebih penting iaitu, average hourly earnings menepati jangkaan pasaran dengan kenaikan 0.3%. Sesetengah portal data ekonomi menunjukkan ramalan pasaran kali ini adalah kenaikan 0.2% berbeza dengan forexfactory yang menjangka kenaikan 0.3%. Walaubagaimanapun, data kali ini dilihat memberangsangkan.

Kenaikan dalam kadar gaji (average hourly earnings) sedang diteliti oleh Federal Reserve untuk mendapatkan lebih bukti tentang tekanan kenaikan inflasi. Dengan kenaikan kadar gaji 0.30%, ia dijangka meningkatkan potensi kenaikan kadar faedah di masa akan datang. The Fed mengunjurkan kenaikan kadar faedah sebanyak  3 kali pada tahun ini dengan pasaran sebelum ini melihat kenaikan boleh menjangkau sehingga empat kali pada tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat